Harian Metro

Impian Zverev cerah Umtiti sambung kontrak

- AFP

 Dijangka bertemu Djokovic di separuh akhir Terbuka Perancis

Pilihan kedua dari Jerman, Alexander Zverev dan Novak Djokovic semakin hampir bertemu pada separuh akhir Terbuka Perancis dengan pemain muda itu mengatasi Karen Khachanov manakala bekas juara menyingkir­kan Fernando Verdasco pada pusingan keempat, semalam.

Zverev, 21, meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam lima set untuk layak ke suku akhir acara Grand Slam buat kali pertama, mengalahka­n pemain Russia, Khachanov 4-6, 7-6 (7/4), 2-6, 6-3, 6-3.

Djokovic mudah melepasi cabaran pemain veteran Sepanyol, Verdasco 6-3, 6-4, 6-2 dan akan beraksi pada suku akhir di Roland Garros dengan rekod kali ke-12.

Zverev menghasilk­an permainan menakjubka­n pada lewat perlawanan dramatik pusingan keempat itu dan akan berdepan Dominic Thiem yang mara ke suku akhir kali ketiga berturut-turut di Paris dengan mengatasi pemain Jepun, Kei Nishikori 6-2, 6-0, 5-7, 6-4.

Pemain nombor 38 dunia, Khachanov kini kecundang dua kali berturut-turut pada pusingan keempat di Roland Garros, manakala Zverev menamatkan penantian bagi penampilan pertama pada suku akhir kejohanan utama dalam 12 percubaan.

“Ya, saya masih muda, jadi saya patut berada di gelanggang, berlatih dan menghiburk­an anda,” kata Zverev, yang membida untuk menjadi pemain lelaki pertama Jerman menjuarai Terbuka Perancis sejak 1937.

“Saya dan abang saya (Mischa) menghabisk­an tiga, empat jam sehari di gimnasium, mengangkat bebanan berat. Ia berbaloi hari ini.”

Pemain nombor tiga dunia itu, seperti dilakukann­ya ketika menang ke atas Dusan Lajovic dan Damir Dzumbur, bangkit daripada ketinggala­n 1-2 untuk memaksa set penentuan, sebelum meraih kemenangan menakjubka­n yang menampilka­n 63 ‘winners’ dan 17 servis ace.

Thiem, satu-satunya pemain yang menundukka­n Rafael Nadal di gelanggang tanah liat tahun ini, mengekang kebangkita­n lewat Nishikori di gelanggang Philippe Chatrier untuk menempah pertemuan dengan Zverev.

“Saya fikir ia pertemuan yang diharapkan penyokong di Jerman dan Austria apabila mereka melihat undian,” katanya.

“Dia pemain yang mengagumka­n. Maksud saya, mungkin kini ketiga terbaik selepas Rafa dan Roger (Federer). Jadi ia satu cabaran getir buat saya.” Barcelona, Sepanyol: Pertahanan Perancis, Samuel Umtiti bersetuju menyambung kontraknya bersama Barcelona selama lima musim lagi, menurut kelab itu kelmarin.

Umtiti sebahagian daripada skuad Perancis bagi Piala Dunia yang berlatih di Clairefont­aine, dekat Paris, berkunjung ke Nou Camp di Barcelona semalam, yang mana dia menandatan­gani kontrak pada sebelah pagi dan menghadiri sidang akhbar 30 minit kemudian.

Umtiti tiba di Barca dari Lyon pada 2016 dengan harga 25 juta euro (RM116 juta) dan mengukuhka­n tempatnya dalam kesebelasa­n utama. Pemain berusia 24 tahun kelahiran Cameroon itu tampil 18 kali bersama pasukan kebangsaan Perancis.

Klausa tebus kontraknya 60 juta euro (RM278 juta) mula kelihatan rendah apabila Liverpool membayar 84 juta euro (RM389 juta) untuk membeli Virgil van Dijk, Disember lalu dan Manchester City membayar 70 juta euro (RM324 juta) terhadap Aymeric Laporte, Januari lalu.

Jumlah klausa tebus kontrak baru dalam kontrak Umtiti tidak didedahkan semalam.

Perjanjian itu meneruskan senario sambungan kontrak di Barca berikutan kontrak buat Lionel Messi (hingga 2021), Sergi Roberto (2022) dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen (2022). - AFP

 ?? Alexander Zverev ?? Saya masih muda, jadi saya patut berada di gelanggang, berlatih dan menghiburk­an anda”
Alexander Zverev Saya masih muda, jadi saya patut berada di gelanggang, berlatih dan menghiburk­an anda”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia