Harian Metro

Taktikal Rohr azimat Nigeria Aksi Iwobi dapat sanjungan peminat

-

Sejak menyertai Piala Dunia pada 1994, juara bertahan Afrika, Nigeria kerap tampil di Piala Dunia kecuali gagal melayakkan diri pada 2006 dalam enam kejohanan terakhir.

Mereka berjaya menempatka­n diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir pada 1994, 1998 dan terbaru di Piala Dunia Brazil di mana mereka disingkirk­an Perancis 2-1.

Nigeria berdepan laluan sukar untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia kali ini apabila terpaksa berdepan pasukan hebat seperti Cameroon, Zambia dan Algeria. Meskipun pasukan itu dipandang rendah penyokong sendiri, mereka meraih empat kemenangan, dua seri dan menghasilk­an 12 gol serta hanya bolos empat gol.

Kemenangan 2-1 ke atas Zambia menjadi penyuntik semangat pemain Nigeria memburu tempat ke Piala Dunia. Kemenangan kedua kemudian dicapai dengan mengatasi Algeria 3-1 sebelum mereka membelasah Cameroon 4-0.

Bagaimanap­un mereka selepas

rentak itu agak tenggelam apabila tewas dalam aksi persahabat­an menentang Poland dan Serbia pada Mac lalu dan terbaru kecundang 1-2 kepada England.

Nigeria kali ini dibimbing jurulatih Jerman, Gernot Rohr yang menjadi watak penting dalam mencorak kembali permainan bertenaga pasukan Super Eagles sehingga layak ke Piala Dunia.

Beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk memberikan tentangan dan tetap menaruh kepercayaa­n kepada pemain sama yang beraksi di pusingan kelayakan.

Nigeria bakal memiliki skuad termuda daripada 32 pasukan yang layak beraksi di Russia dan itu mungkin akan menjadi faktor penentu kejayaan mereka.

Mereka bakal bertandang tanpa penjaga gol, Carl Ikeme yang mengalami leukemia, bagaimanap­un itu bukan isu besar kerana mereka mempunyai pemain seperti John Obi Mikel Alex Iwobi dan Victor Moses yang mampu memacu pasukan.

Nigeria bermain menentang Argentina empat kali dalam saingan Piala Dunia sebelum ini dan tewas dalam semua perlawanan terbabit.

Tapi kemenangan 4-2 dalam aksi persahabat­an ke atas pasukan pilihan itu pada November tahun lalu memberikan Super Eagles keyakinan baru.

Saingan peringkat kumpulan cukup mencabar buat Nigeria kerana bukan saja Argentina tapi Croatia dan Iceland dijangka akan memberi saingan sengit bagi merebut tempat kedua kumpulan di belakang Argentina.

(gambar),

tengah Arsenal ini mula mendapat perhatian apabila kerap diturunkan dalam kesebelasa­n utama bekas pengurus Arsene Wenger di Stadium Emirates.

Beban tugas lebih besar dipikulnya bersama skuad kebangsaan meskipun dia baru berusia 20 tahun.

Dengan usia masih muda, Iwobi sudah dibandingk­an dengan legenda sepanjang zaman Nigeria yang juga pakcik saudaranya, JJ Okocha.

Pemain yang memiliki kemahiran tinggi dan juga bertindak sebagai pemain perancang ini melakukan penampilan pertama bersama skuad Super Eagles ketika berusia 17 tahun dan kini sudah menjadi pemain pilihan automatik jurulatih Gernot Rohr dalam kesebelasa­n utama.

Iwobi tidak mensia-siakan kepercayaa­n yang diberikan oleh Rohr apabila meledak dua gol pada aksi kelayakan menentang Zambia di ge-

 Skuad muda mampu serap asakan lawan

(gambar)

langgang sendiri dan tempat lawan.

Namanya terus mekar meniti di bibir peminat Super

Eagles apabila menghasilk­an dua gol ketika menewaskan

Argentina 4-2 pada aksi persahabat­an menentang November tahun lalu.

Sentuhanny­a terus menjadi apabila membolosi gawang England Sabtu lalu meskipun Nigeria tewas 1-2 dalam perlawanan pemanas badan.

Ramai percaya Iwobi bakal menjadi antara salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian dalam skuad Nigeria khususnya pemain pertahanan Argentina, Iceland dan Croatia dalam kempen Kumpulan D.

 ??  ?? PEMAIN Nigeria, Victor Moses (tengah) diasak pemain England Kieran Trippier dan Eric Dier pada perlawanan persahabat­an Sabtu lalu.
PEMAIN Nigeria, Victor Moses (tengah) diasak pemain England Kieran Trippier dan Eric Dier pada perlawanan persahabat­an Sabtu lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia