Harian Metro

Trauma kesan perang bakar semangat Modric

-

permainan menarik dan corak taktikal yang hebat.

“Kami tidak mempunyai sebarang kerugian dalam perlawanan itu nanti, kami bermain menentang salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Ia satu motivasi berguna buat kami.”

(gambar)

Modric mengalami trauma pada zaman kanak-kanaknya angkara perang saudara di negaranya sebelum muncul wira buat pasukan Croatia dan juga bintang Real Madrid ketika dewasa.

Kesan kebakaran kediamanny­a di sebalik bukit Velebit masih lagi menghantui­nya meskipun ia sudah lama berlalu.

Datuknya dibunuh gerila Serb, rumahnya dibakar dan keluargany­a berpindah ke bandar Zadar, kira-kira 40 kilometer daripada halaman tempat tinggalnya sebelum ini.

“Saya ada dengar mengenai kanak-kanak yang terlalu aktif bermain bola sepak di koridor hotel pelarian, malah tidurpun bersama bola,” kata Josip Bajlo, seorang jurulatih pasukan utama bagi Divisyen Pertama kelab NK Zadar, kelab pertama disertai Modric sebelum mencipta nama.

Sebaik saja Bajlo melihat kemampuan Modric, dia kemudianny­a mengikatny­a untuk kelab bola sepak sekolah dan dia berkata: “Dia menjadi seorang idola kepada generasiny­a, ketua dan pilihan ramai.

“Kita dapat melihat zaman kanak-kanaknya dan selepas itu melihat dirinya daripada sudut bola sepak,” kata Bajlo.

Peperangan pada 1991 sehingga 1995 dengan pemberonta­kan Serb - ketika Zadar dan rantau sekitarnya menjadikan Modric lebih kental bagi menjalani kehidupan.

“Banyak kali berlaku apabila kami sedang berlatih dan kelongsong peluru bertaburan, kami kemudianny­a berlari ke kawasan penginapan,” kata rakan sebayanya Marijan Buljat yang berlatih dan bermain bersama Modric sehingga zaman remaja.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia