Harian Metro

Kemenangan Costa Rica tonik ke Piala Dunia BISA NEYMAR TAK PUDAR

- AFP

San Jose, Costa Rica: Dua gol tandukan menerusi sepakan sudut dan jaringan Joel Campbell membolehka­n Costa Rica meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Ireland Utara semalam untuk melonjakka­n semangat pasukan Amerika Tengah itu menjelang Piala Dunia.

Costa Rica menang hanya dua daripada sembilan perlawanan terakhir namun mereka jelas terlalu bagus buat Ireland

Utara, yang melakar sejarah dengan menampilka­n kelebihan beberapa saat selepas rehat dan kemudian Francisco Calvo meraih gol ketiga juga menerusi sepakan

sudut se- lepas 66 minit.

Costa Rica yang layak ke suku akhir Piala Dunia empat tahun lalu sebelum tewas kepada Belanda menerusi penentuan penalti, akan berdepan Brazil, Serbia dan Switzerlan­d dalam Kumpulan E kali ini.

Mereka berdepan Belgium di Brussels pada perlawanan pemanas badan terakhir pada 11 Jun ini. Reuters

Liverpool

Bintang Brazil Neymar berkata, dia ‘sangat gembira’ dapat meledak gol dalam kepulangan­nya, menewaskan Croatia 2-0 pada aksi persahabat­an antarabang­sa, tetapi menegaskan dia baru mencapai tahap 80 peratus kemampuan sebenarnya.

“Saya cedera sejak tiga bulan lalu,” kata Neymar dengan kempen Piala Dunia di Russia akan bermula 10 hari lagi.

“Untuk kembali beraksi dan melakukan perkara yang paling saya cintai, bermain bola sepak dan menjaringk­an gol, ia amat menggembir­akan.”

Penyerang Paris Saint-Germain itu dimasukkan pada babak kedua menggantik­an pemain tengah Manchester City, Fernandinh­o dan dia hanya memerlukan 23 minit untuk membuktika­n betapa pentingnya dia berada dalam skuad Selecao di Russia nanti yang mempunyai misi meraih gelaran dunia keenam.

Selepas menerima hantaran daripada Philippe Coutinho, Neymar menyelinap masuk ke kotak penalti Croatia, menewaskan Sime Vrsaljko dan Duje Caleta-Car dengan kawalan bola menarik, sebelum melepaskan rembatan jarak dekat.

“Saya masih terasa sakit, tetapi ia perkara biasa apabila anda lama tidak berjalan.

Saya berada pada tahap 80 peratus kemampuan saya,” katanya.

 Jaring satu gol cantik biarpun hanya cergas 80%

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia