Harian Metro

Rodriguez ikat Sepanyol

-

Vila-real, Sepanyol: Ricardo Rodriguez menyamakan kedudukan untuk Switzerlan­d yang mengikat pasukan pilihan Piala Dunia, Sepanyol 1-1 dalam perlawanan persahabat­an terakhir mereka di laman sendiri sebelum berangkat ke Russia minggu depan.

Bek kanan Real Sociedad, Alvaro Odriozola meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-29 di Vila-real dengan rembatan voli dari luar kotak penalti. Ia adalah penampilan ketiga pemain itu di peringkat antarabang­sa.

St

Percubaan Andres Iniesta sejurus sebelum rehat dinafikan penjaga gol Switzerlan­d Yann Sommer, dan pemain tengah veteran itu sekali lagi hampir meledak gol di babak kedua sebelum dikeluarka­n. Dia mendapat tepukan gemuruh penyokong menjelang perpindaha­nnya ke Jepun.

Pertahanan AC Milan Rodroguez menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Vladimir Petkovic, yang juga akan beraksi di Piala Dunia, pada minit ke-60 dengan tolakan mudah selepas David de Gea menampan lemah bola percubaan daripada Stephan Lichtstein­er.

Sommer kemudian sekali lagi tampil cemerlang ketika menyelamat­kan percubaan penyerang Valencia Rodrigo, manakala rembatan Nacho terkena tiang.

Sepanyol kini melebarkan deretan tanpa kalah kepada 19 perlawanan di bawah kendalian Julen Lopetegui.

“Secara peribadi saya gembira kerana dapat membantu pasukan. Kami rasa selesa di luar sana, perlawanan ini akan membantu kami untuk mendapatka­n keseimbang­an,” kata Odriozola, 22, yang bermain untuk pasukan simpanan Real Sociedad dalam divisyen tiga sehingga tahun 2017.

“Jika anda memberitah­u saya (yang saya menjaringk­an gol untuk Sepanyol) setahun setengah lalu, saya mungkin tidak akan mempercaya­inya.”

Sepanyol, juara dunia 2010, akan mengharung­i satu lagi aksi pemanas badan, bertemu Tunisia di Krasnodar, Sabtu ini, sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Portugal pada 15 Jun.

Mereka juga akan berdepan Iran di Kazan pada 20 Jun dan perlawanan terakhir Kumpulan B adalah menentang Maghribi di Kaliningra­d lima hari kemudian.

Switzerlan­d akan bertemu Jepun di Lugano Jumaat ini sebelum berangkat ke Russia. Mereka akan bertemu juara lima kali Brazil pada perlawanan pertama Kumpulan E pada 17 Jun, diikuti Serbia dan Costa Rica. - AFP

 ?? Neymar ?? RODRIGUEZ wira Switzerlan­d dalam aksi persahabat­an dengan Sepanyol.
Neymar RODRIGUEZ wira Switzerlan­d dalam aksi persahabat­an dengan Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia