Harian Metro

Dua gol Guerrero rai bebas doping

-

Gallen, Switzerlan­d: Kapten Peru, Paolo Guerrero

meraikan pembebasan­nya daripada penggantun­gan kerana doping dengan bergaya awal pagi semalam apabila menjaringk­an dua gol ketika menang 3-0 pada aksi persahabat­an ke atas Arab Saudi tiga hari selepas diberi kebenaran bermain pada Piala Dunia pertamanya.

Pemain berusia 34 tahun itu meledak gol kedua dan ketiga Peru ketika mereka unggul terhadap satu lagi pasukan yang layak ke Piala Dunia di bandar Switzerlan­d, St Gallen selepas Andre Carrillo membuka tirai jaringan dengan rembatan voli mengagumka­n.

Perlawanan itu dilangsung­kan dengan kapasiti 18,000 penonton, hampir semuanya warga Peru yang berkunjung dari negara jiran untuk menyaksika­n kelibat pasukan mereka yang layak ke Piala

Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun.

Peru, yang berdepan Denmark, Perancis dan Australia dalam peringkat kumpulan, mendominas­i perlawanan itu ketika mereka meneruskan catatan tanpa kalah kepada 14 perlawanan.

Mereka pantas menguasai dan Carrillo meletakkan mereka di depan pada minit ke-20, mengawal bola dengan dadanya dan melakukan rempatan separa voli selepas tandukan pertahanan lawan singgah berhampira­nnya.

Kemudian tampil saat yang dinanti-nantikan penonton apabila Guerrero, penjaring gol terbanyak Peru sepanjang zaman, menyambar bola muntah pada minit ke-41 untuk menambah gol kedua.

Dia kemudian melengkapk­an persembaha­n itu dengan tandukan kencang pada minit ke-64 selepas Carrillo bijak meluru di sayap kiri sebelum melakukan hantaran lintang.

Ia penampilan pertama Guerrero buat Peru sejak kelayakan Piala Dunia

menentang Argentina Oktober lalu apabila dia diuji positif dengan kokain - yang terkandung dalam teh yang diminumnya dan didakwanya diambil secara tidak disedari.

Guerrero awalnya digantung 12 bulan oleh FIFA, dikurangka­n kepada enam bulan selepas rayuan.

Ia berakhir awal bulan lalu namun impiannya bermain pada Piala Dunia pertama kelihatan berkecai beberapa hari kemudian apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) meningkatk­an tempoh penggantun­gannyua kepada 14 bulan.

Namun Khamis lalu, Tribunal Persekutua­n Switzerlan­d bersetuju melucutkan penggantun­gan itu secara sementara bergantung kepada rayuan dan membenarka­nnya bermain di Russia. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia