Harian Metro

Doktor lemas dihanyut ombak ketika berkelah

-

Kudat: Seorang doktor lemas ketika berkelah bersama lima sahabatnya di pantai Simpang Mengayau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam

10.35 pagi itu, M Sivalan,

34, bertugas di Klinik Kesihatan Nabawan disahkan lemas akibat dihanyutka­n ombak kuat dan laut yang bergelora.

Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah hari mengatakan ada mangsa lemas di lokasi berkenaan.

“Mangsa dikatakan bersama lima rakannya bercuti dan mandi di Pantai Simpang Mengayau.

“Mangsa bersama rakan berenang di pantai dan ketika itu ombak kuat. Dia kemudian didapati hilang sebelum ditemui kirakira 15 meter dari pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Douglas berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cuba menyelamat­kan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kerana ketika ditemui mangsa masih bernyawa.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut, namun sebaik tiba di unit kecemasan, usaha menyelamat­kan mangsa gagal,” katanya.

Douglas berkata, hasil siasatan mendapati bendera merah sebagai tanda amaran aktiviti pantai itu tidak selamat ada dipasang.

“Bendera merah dipasang sejak seminggu lalu bagi menandakan kawasan pantai tidak selamat untuk aktiviti pantai. Kes ini diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? LAIMIN di hadapan rumahnya yang hampir roboh di penempatan orang buta Sungai Manila, di Sandakan. Penempatan orang buta di Pekan Muhibbah
uzur
LAIMIN di hadapan rumahnya yang hampir roboh di penempatan orang buta Sungai Manila, di Sandakan. Penempatan orang buta di Pekan Muhibbah uzur
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM memberi rawatan kecemasan kepada Sivalan yang lemas di pantai Simpang Mengayau.
ANGGOTA APM memberi rawatan kecemasan kepada Sivalan yang lemas di pantai Simpang Mengayau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia