Harian Metro

RAYUAN RAMADAN

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

“Kalau ada pihak sudi bantu baiki rumah sebelum raya, itu sudah cukup baik untuk kami,” kata Laimin Saganding, 50.

Laimin adalah antara 11 keluarga cacat penglihata­n yang tinggal di penempatan bagi orang buta di Pekan Muhibbah, dekat sini.

Bapa kepada lima anak itu berkata, keadaan rumah yang semakin uzur dengan sebahagian tiang rumah hampir reput dikhuatiri mendatangk­an bahaya kepada keluargany­a jika rumah roboh.

Katanya, mereka sudah beberapa kali meminta bantuan kepada pihak bertanggun­gjawab bagi membaik pulih rumah, selain memohon mendapatka­n unit di

Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampira­n, namun sehingga kini tiada jawapan diterima.

“Pernah ada kejadian orang buta jatuh ke tanah bersama tandas yang roboh. Bukan saja orang buta, anak kecil juga terdedah kepada bahaya.

“Jika ada yang sudi membantu membaik pulih, mungkin kami boleh beraya dengan lebih selesa tahun ini,” katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Ada 11 rumah di kawasan itu dengan enam daripadany­a adalah PPR diperbuat daripada kayu yang semakin uzur dengan keadaan sebahagian besar tiang rumah hampir condong.

Sementara itu, Yusuf Apalal, 50, berkata, rumah terbabit menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh sejak lebih 30 tahun lalu dan tidak mampu untuk membaiki sendiri kerana pendapatan tidak menentu yang cuma bergantung terhadap hasil mengambil upah dengan mengurut.

“Biarpun kami nampak sihat, ada kekurangan kerana tidak boleh melihat dan sukar kami cari pekerjaan. Pendapatan kerja mengurut pun tak menentu kerana bukan setiap hari ada pelanggan.

“Kalau berjalan dalam rumah, perlu perlahanla­han sebab bergoyang. Kalau angin kuat, kami semua lari keluar sebab takut rumah roboh,” katanya.

 ??  ?? YUSUF berdiri berhampira­n tiang rumahnya yang semakin condong.
YUSUF berdiri berhampira­n tiang rumahnya yang semakin condong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia