Harian Metro

Rahmat bulan mulia

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Anak yatim lega dapat kelengkapa­n raya ringan beban keluarga

Hanya ungkapan terima kasih mampu diucap Haziq Azizi Amran Narawi, 9, selepas menerima sumbangan Aidilfitri daripada Harakah Islamiah (HIKMAH) Cawangan Sarikei, kelmarin.

Haziq Azizi antara 35 anak yatim di daerah ini yang menerima sumbangan RM100 untuk membeli baju raya menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, sumbangan HIKMAH Cawangan Sarikei itu terlalu besar nilainya.

Katanya, dia bertuah apabila terpilih menyertai program berkenaan sejak dua tahun lalu dan bersyukur dengan bantuan diberikan kerana dapat membantu meringanka­n beban ibunya membuat persiapan menyambut raya.

“Ibu bekerja sebagai tukang masak manakala ayah pula sudah meninggal dunia ketika saya masih kecil lagi.

“Sejak itu, ibu bertungkus-lumus membesarka­n kami adik-beradik dan dengan bantuan yang dihulurkan ini pastinya melegakan kami sekeluarga,” katanya.

Walaupun teruja untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Haziq Azizi tidak dapat menyembuny­ikan perasaan sedih kerana berhari raya tanpa bapanya.

Kadang kala saya rasa cemburu melihat rakan lain yang masih ada bapa berpeluang menyambut Aidilfitri bersama. Sememangny­a saya sangat merindu ayah”

Haziq Azizi Amran Narawi

“Kadang kala saya rasa cemburu melihat rakan lain yang masih ada bapa berpeluang menyambut Aidilfitri bersama. Sememangny­a saya sangat merindu ayah,” katanya.

Siti Norsyarinn­a Syafiqah Mohd Taufiq, 16, pula berkata, sumbangan itu sangat menggembir­akannya kerana dia belum membeli pakaian untuk menyambut raya tidak lama lagi.

“Saya gembira kerana berpeluang memilih pakaian kegemaran saya sendiri. Yang pasti, saya lebih teruja dapat baju raya percuma dan terima kasih kepada mereka yang membantu, ” katanya.

Sementara itu, jurucakap penganjur program, Dayangku Siti Mariam Awang Masli berkata, program berkenaan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial untuk membantu menceriaka­n anak yatim menjelang Aidilfitri.

Katanya, pihaknya menyasarka­n menyerahka­n sumbangan itu kepada 125 penerima dengan peringkat pertama kelmarin membabitka­n 35 anak yatim manakala peringkat kedua hingga ke empat masing-masing membabitka­n 30 anak yatim.

“Penerima terdiri daripada anak yatim berusia lima hingga 16 tahun dari sekitar Sarikei. Semoga sumbangan kepada anak terpilih ini dapat menambah kegembiraa­n sambutan Aidilfitri bersama keluarga.

“Program tahunan ini mendapat maklum balas begitu baik daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorang­an,” katanya.

 ??  ?? HAZIQ Azizi dibantu rakannya memilih baju raya dalam program anjuran HIKMAH Cawangan Sarikei.
HAZIQ Azizi dibantu rakannya memilih baju raya dalam program anjuran HIKMAH Cawangan Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia