Harian Metro

Mengaku tetak kepala ibu kandung

-

Padah anak derhaka. Itu gambaran sesuai kepada seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan dua sebatan, semalam, selepas mengaku bersalah menetak kepala ibu kandungnya.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen, Azreena Aziz terhadap tertuduh, Frandy Liaw,

32, yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan menggunaka­n senjata yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Azreena turut memerintah­kan supaya hukuman berkenaan dilaksanak­an bermula pada tarikh tertuduh ditahan polis iaitu pada 25 Mei lalu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian pada 25 Mei lalu di rumah mereka di Kampung Ranau-Ranau, Sipitang, tertuduh didakwa pulang ke rumah dalam keadaan mabuk jam 7.40 malam.

Ibu tertuduh berusia 56 tahun dikatakan sedang menyediaka­n makan malam untuk keluarga sebelum tertuduh tiba-tiba mengamuk dan memarahi ibu bapanya.

Keadaan menjadi tidak terkawal dan tertuduh mengambil pisau sebelum mengugut untuk membunuh ibu bapanya. Kedua-dua mangsa yang ketakutan melarikan diri ke dalam bilik, namun tertuduh mengejar dan menetak pintu bilik berkenaan.

Ibu bapa tertuduh cuba menenangka­nnya, namun tertuduh menetak kepala ibunya menggunaka­n pisau di hadapan bapanya.

Tertuduh yang melihat ibunya berlumuran darah terus bertenang manakala bapanya membawa ibu tertuduh mendapatka­n rawatan di Hospital Sipitang.

Pada prosiding semalam, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku menyesali perbuatann­ya dan merayu supaya mahkamah meringanka­n hukuman yang dikenakan terhadapny­a.

 ??  ?? FRANDY (dua dari kanan) mengaku salah atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap ibu kandungnya di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu.
FRANDY (dua dari kanan) mengaku salah atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap ibu kandungnya di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia