Harian Metro

Pantau gempa

- Avila Geraldine avila@nstp.com.my

 Sabah miliki 28 stesen kesan pergerakan bumi dengan tepat

Sabah kini mempunyai 28 stesen pemantauan komprehens­if untuk mengesan pergerakan gempa bumi susulan tragedi yang meragut 18 nyawa di Gunung Kinabalu di sini, tiga tahun lalu.

Ahli Geologi yang juga pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul berkata, stesen pemantauan itu diwujudkan oleh Jabatan Meteorolog­i dan ia membolehka­n jabatan serta pakar merekodkan dan mencari lokasi gempa bumi dengan kadar ketepatan yang baik.

“Selepas tiga tahun tragedi gempa bumi di Ranau, kami kini mempunyai pemahaman lebih baik berhubung bahaya gempa bumi di Sabah melalui pemetaan berterusan terhadap rekahan di permukaan bumi yang mungkin akan mencetuska­n gempa bumi di masa depan.

“Kita kini mempunyai peta bahaya berkenaan gempa bumi di Sabah yang dikeluarka­n Jabatan Mineral dan Geosains. Ia menunjukka­n pembahagia­n tahap bahaya gempa dari segi rendah kepada tinggi,” katanya di sini, semalam.

Pada 5 Jun 2015, gempa bumi bermagnitu­d 5.9 berpusat di Ranau menyebabka­n 18 orang terkorban di Gunung Kinabalu dan ia dikatakan gempa kedua terkuat selepas gempa bumi pada 1976 berukuran 6.2 skala Richter berhampira­n Lahad Datu.

Gempa bumi tiga tahun lalu itu turut dirasai di seluruh negeri dengan lebih 100 gempa susulan direkodkan sepanjang tahun.

Pada 8 Mac lalu, gempa bumi bermagnitu­d 5.2 melanda Ranau namun tiada mangsa terkorban dan Felix menjelaska­n kejadian terbaru itu adalah gempa baru dan bukan susulan daripada gegaran pada 2015.

Beliau tidak menolak kemungkina­n gempa lebih besar daripada lima magnitud akan melanda Sabah pada masa akan datang.

“Kemungkina­n itu sentiasa ada kerana gempa bumi bermagnitu­d lima hingga enam cenderung untuk berulang selepas tempoh tertentu kerana proses pengumpula­n tekanan tektonik berterusan,” katanya.

Ditanya sama ada pembinaan bangunan baru di negeri ini kini mematuhi arahan kerajaan supaya kalis gempa, Felix berkata, pembinaan perlu mematuhi National Annex lampiran yang baru dikeluarka­n untuk kod bangunan gempa bumi, MS EN 1998-1 oleh Jabatan Standard Malaysia pada Disember 2017. Lima pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong bakal berdepan tindakan disiplin berikutan kenyataan terbuka mereka menggesa Setiausaha

Agung parti itu, Datuk Sebastian Ting meletakkan jawatan.

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, tindakan mereka dikhuatiri boleh menyebabka­n pergolakan dalam kalangan ahli parti, terutama selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, bagaimanap­un setakat ini parti belum lagi membincang­kan mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap lima pemimpin terbabit.

“Isu dalaman parti tidak seharusnya dibawa kepada umum kerana ia akan menambahka­n lagi pergolakan dalam kalangan ahli.

“Setiap ahli sepatutnya memikirkan apa yang dapat dilakukan untuk rakyat dan negeri bukannya untuk kepentinga­n diri sendiri,” katanya ketika ditemui dalam majlis Sempena Ulang Tahun ke-59 SUPP di ibu pejabat parti itu di sini, semalam.

Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, beliau amat kesal dengan tindakan lima pemimpin SUPP Dudong itu.

Beliau menyifatka­n ia tindakan yang jelas menunjukka­n kelima-lima pemimpin itu lebih mementingk­an kepentinga­n diri daripada parti.

 ?? Dr Felix Tongkul ?? Kita kini mempunyai peta bahaya berkenaan gempa bumi di Sabah yang dikeluarka­n Jabatan Mineral dan Geosains. Ia menunjukka­n pembahagia­n tahap bahaya gempa dari segi rendah kepada tinggi”
Dr Felix Tongkul Kita kini mempunyai peta bahaya berkenaan gempa bumi di Sabah yang dikeluarka­n Jabatan Mineral dan Geosains. Ia menunjukka­n pembahagia­n tahap bahaya gempa dari segi rendah kepada tinggi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia