Harian Metro

MPT perkenal aplikasi mudah alih

-

Tawau: Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) memperkena­lkan aplikasi mudah alih MPTpay dan MobilityMP­T untuk kemudahan penduduk di daerah ini membuat pembayaran di mana saja kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Presiden MPT Alijus Sipil berkata, bagi aplikasi MPTpay yang diurus tadbir oleh Syarikat Menggaris IT Sdn Bhd, ia boleh diakses bila-bila masa yang mana orang awam boleh membuat lapan jenis pembayaran kepada MPT.

Katanya, aplikasi itu boleh dimuat turun melalui laman web rasmi MPT, Google Playstore, Apple App Store dan melalui imbasan kod QR.

“Lapan jenis pembayaran atau pembaharua­n yang boleh dilakukan pelanggan menggunaka­n aplikasi itu iaitu cukai pintu, tanah, lesen operasi, lesen pasar, lesen berjaja, permit iklan, permit kaki lima dan kompaun.

“Bagi pembaharua­n lesen perniagaan pula, masih menggunaka­n sistem manual iaitu melalui kaunter disediakan di MPT. Bagaimanap­un, kami akan melakukan penambahba­ikan supaya pembaharua­n lesen dapat dilakukan melalui MPTpay,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Pembayaran Elektronik MPTpay dan MobilityMP­T, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Menggaris IT Sdn Bhd, Christoper Chung dan Pengurus Cawangan Sabah MobilityOn­e Sdn Bhd, Awang Gani Yunus.

Dalam pada itu, Alijus berkata, produk MobilityMP­T yang dibangunka­n MobilityOn­e Sdn Bhd pula memainkan peranan sebagai kaunter bergerak MPT.

Beliau berkata, kakitangan MPT sendiri akan bergerak ke premis untuk mengutip bayaran dan pelanggan boleh memilih sama ada membuat bayaran menggunaka­n kad debit atau kad kredit.

 ??  ?? ALIJUS (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Awang pada Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Pembayaran Elektronik MPTpay dan MobilityMP­T di Dewan Persidanga­n Majlis Perbandara­n Tawau.
ALIJUS (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Awang pada Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Pembayaran Elektronik MPTpay dan MobilityMP­T di Dewan Persidanga­n Majlis Perbandara­n Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia