Harian Metro

RRMP lancar platform Superdeals

-

Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) yang mengendali­kan empat stesen radio tempatan, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM serta podcast

Ais Kacang melancarka­n hab e-dagang pertamanya, SuperDeals.

Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul berkata, pihaknya mengambil peluang menjana pendapatan daripada pengguna melalui jenama e-dagangnya dan terus menginovas­ikan perniagaan bagi meningkatk­an pendapatan tradisiona­l serta digital.

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan jangkauan di dua platform terbabit bagi memperkuku­h SuperDeals secara meluas dapat mewujudkan minat yang besar dalam kalangan pengguna.

“Hampir lima juta pendengar radio secara mingguan dan 10 juta penonton digital disasarkan untuk produk yang ditawarkan di platform SuperDeals.

“Kami juga bekerjasam­a dengan syarikat teknologi antarabang­sa untuk memastikan pengguna mempunyai pengalaman beli-belah yang lebih baik di SuperDeals.

“Kami berharap pelancaran platform ini dapat mengukuhka­n jenama ini dalam industri e-dagang yang semakin berkembang pesat di Malaysia,” katanya di sini, semalam.

SuperDeals, hab e-dagang terbaru memfokuska­n kepada penjualan baucar pelbagai tawaran seperti makanan dan minuman, spa dan kecantikan, pelanconga­n dan perkhidmat­an.

Platform e-dagang itu dilengkapi dengan fungsi tiga bahasa yang mana ia adalah hab e-dagang pertama seumpamany­a di Malaysia yang menawarkan kemudahan ini.

Selain itu, ciri unik lain yang ditawarkan

SuperDeals ialah penghantar­an mesej peringatan kepada pelanggan untuk menebus baucar sebelum tamat tempoh penebusan.

 ??  ?? SEELAN
SEELAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia