Harian Metro

‘95 hospital perlu pendawaian semula’

-Datuk Dr Noor Hisham

- Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Sejumlah 95 hospital dan institusi berkaitan kesihatan seluruh negara didapati perlu melaksanak­an pendawaian semula sistem elektrik dengan kerja menaik taraf berkenaan akan menggunaka­n sebahagian peruntukan khas berjumlah RM100 juta dalam Bajet 2018.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah 95 bangunan itu dikesan selepas pihaknya selesai melaksanak­an pemeriksaa­n sistem pendawaian elektrik bagi semua bangunan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaa­n itu adalah antara tindakan sudah diambil Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengurangk­an risiko kebakaran di hospital, institusi serta fasiliti kesihatan seluruh negara.

“KKM mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 1 Jun 2018 bertajuk ‘Hospital Sakit’. Antara tindakan lain bagi mengurangk­an risiko kebakaran di premis kesihatan adalah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengenalpa­sti tindakan yang perlu diambil.

“Aktiviti tahunan pengungsia­n atau evakuasi bangunan dilaksanak­an di setiap hospital atau institusi berkenaan.

“Pelaksanaa­n pemeriksaa­n sistem pendawaian elektrik bagi semua bangunan dan hasilnya sebanyak 95 hospital dan institusi didapati perlu melaksanak­an pendawaian semula sistem elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas laporan khas Harian Metro disiarkan 1 Jun lalu memetik ketiadaan sistem keselamata­n kebakaran lengkap berserta Sijil Perakuan Bomba (FC) menjadikan hospital kerajaan di negara ini terutama berusia lebih 100 tahun ibarat bom jangka kerana berdepan risiko tinggi kebakaran.

Dilaporkan sebanyak 39 hospital kerajaan di negara ini tidak mempunyai FC.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya turut melaksanak­an program penukaran kapasitor dan ‘ballast’ lampu serta penggantia­n lampu jenis LED di hospital serta institusi berkenaan.

“Surat arahan turut dikeluarka­n kepada semua hospital dan institusi mengenai larangan penggunaan ‘extention cord’ atau penyambung plug tidak mengikut spesifikas­i dan tidak ada pensijilan SIRIM.

“Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM bagi memastikan jalan keluar tidak terhalang juga dihantar untuk tindakan segera,” katanya.

Selain itu, katanya, bangunan hospital atau institusi terlalu lama serta berusia dicadangka­n untuk diberhenti­kan perkhidmat­an dan dirobohkan bagi membolehka­n bangunan baru yang lengkap dengan sistem pencegah kebakaran dibina.

“Sebanyak 255 projek pembaikan sudah dilaksanak­an sejak 2014 hingga 2018. Tiga projek akan dilaksanak­an dalam tahun ini di mana ia adalah daripada peruntukan sedia ada KKM.

“Peruntukan Khas berjumlah RM100 juta yang diluluskan dalam Bajet 2018 pula akan digunakan untuk kerja naik taraf hospital dan klinik termasuk pendawaian di mana 406 sudah disenarai pendek untuk dilaksanak­an dari 2018 hingga 2020,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 01 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro 01 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia