Harian Metro

ONTENA PAKAIAN PERCUMA

Dua kontena pakaian diedarkan sempena Pasar Percuma Raya

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Sebanyak dua kontena pakaian habis diedarkan kepada orang ramai dalam tempoh sejam sempena program Pasar Percuma Raya di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang di sini, semalam.

Antaranya baju kurung, baju Melayu, kemeja, baju-T, pakaian kanak-kanak, tudung, seluar jean dan beg tangan.

Presiden Persatuan Wanita UMP (MATAHARI), Profesor Datin Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim berkata, program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampu­an mendapatka­n pakaian sesuai.

“Hari ini (semalam), terdapat 600 pasang baju kurung, 50 pasang baju Melayu, 30 kotak baju-T dan pelbagai jenis lagi yang habis dalam tempoh tidak sampai sejam selepas program bermula jam 10.30 pagi.

“Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini sejak jam 9 pagi untuk mengambil pakaian percuma dan rata-ratanya adalah penduduk setempat, penuntut dan kakitangan

UMP,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, semalam.

Hadir sama, Pengarah Program Pasar Percuma@UMP, Paridah Mohd Ali.

Mimi Sakinah berkata, semua pakaian berkenaan dikumpul sejak dua minggu lalu hasil sumbangan orang ramai dan kakitangan UMP.

“Pasar percuma ini hanya menggunaka­n senyuman dan ucapan terima kasih tanpa sebarang urus niaga membabitka­n wang ringgit. Ini sebahagian usaha menggalakk­an orang ramai menyumbang,” katanya.

Sementara itu, pengunjung, Azhar Abdul Aziz, 52, berkata, dia dan dua ahli keluargany­a ke pasar itu sejak jam 9 pagi untuk mendapatka­n pakaian percuma.

“Bagus buat program seperti ini kerana secara tidak langsung dapat membantu mengurangk­an beban golongan kurang berkemampu­an dalam buat persiapan Aidilfitri,” katanya di Sungai Rasau, di sini.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG memilih pakaian yang diberi percuma pada Program Pasar Percuma Raya di UMP, Gambang.
PENGUNJUNG memilih pakaian yang diberi percuma pada Program Pasar Percuma Raya di UMP, Gambang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia