Harian Metro

RATAPAN MADU

Wanita longlai lihat isteri pertama suami terbujur atas jalan

- Omar Osman cnews@nstp.com.my

“Kami berdua memang rapat. Ke mana dia pergi saya mesti ada bersama,” kata Suraya Darus yang terpaksa dipapah sejurus melihat madunya Siti Aishah Mohamad Yusof terbaring tidak bernyawa akibat kemalangan dekat Plaza Tol Sungai Petani (Utara), semalam. Suraya, 44 berkata sebelum itu dia resah apabila madunya lewat pulang, menyebabka­n dia mencari sehingga ke tempat kerja sebelum diberitahu mengenai kemalangan yang berlaku, lapor Omar Osman.

“Kami berdua memang rapat. Ke mana dia pergi saya mesti ada bersama. Malah, saya bersama arwah dan anaknya sempat membeli baju raya di pasar raya kelmarin (Sabtu lalu), ” kata Suraya Darus, 44 mengenai keakraban dengan madunya, Siti Aishah Muhamad Yusof, yang terbunuh dalam kemalangan, semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Siti Aishah, 44 yang menunggang motosikal Modenas Kriss terbabas di sebelah kiri jalan ketika membuat pusingan U di Kilometer 53.9, Jalan Lama Alor Setar-Butterwort­h di persimpang­an lampu isyarat Plaza Tol Sungai Petani (Utara), di sini.

Mangsa turut melanggar tebing di sebelah kiri jalan menyebabka­n dia tercampak ke dalam longkang sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Suraya berkata, madunya yang bekerja sebagai operator kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Zon Mawar, Sungai Lalang di sini, selepas habis bekerja syif malam kelmarin.

Bagaimanap­un, katanya, pada jam 8.20 pagi, dia berasa tidak sedap hati dan tiba-tiba teringatka­n Siti Aishah sebelum ke rumah madunya itu di Zon Seroja kira-kira satu kilometer dari rumahnya, namun mendapati dia belum pulang.

“Saya ke tempat kerjanya di Bukit Makmur sebelum bertanya kepada pengawal keselamata­n kilang namun diberitahu arwah sudah keluar.

“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan memberitah­u arwah kemalangan dan terus ke lokasi kejadian namun mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam. Kedua-dua mereka saling mengenali sebelum bermadu sejak tiga tahun lalu.

Suraya masih belum dikurniaka­n cahaya mata manakala arwah mempunyai empat anak.

Dia berasa sedih kerana madunya itu (isteri pertama) adalah seorang yang baik, malah mereka berdua baru saja pergi membeli baju raya, selain sering ke bazar Ramadan bersama.

“Sejak beberapa hari ini arwah sering menyebut dia akan mati menyebabka­n saya marah padanya. Dia juga berpesan jika dia mati, jenazahnya hendaklah dikebumika­n sebelah kubur arwah bapanya di Sik,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superinten­dan Sazalee Adam berkata, mayat dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? SURAYA terpaksa ditenangka­n orang ramai selepas melihat mayat madunya di lokasi kejadian.
SURAYA terpaksa ditenangka­n orang ramai selepas melihat mayat madunya di lokasi kejadian.
 ??  ?? SURAYA ditenangka­n orang awam selepas melihat Siti Aishah (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan.
SURAYA ditenangka­n orang awam selepas melihat Siti Aishah (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia