Harian Metro

Elak pelantikan Peguam Negara jadi krisis perlembaga­an

-

Kerajaan tidak mahu isu pelantikan Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas menjadi krisis perlembaga­an Pakatan Harapan (PH) dengan Raja-Raja Melayu.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap perkara itu diselesaik­an dengan kebijaksan­aan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan Istana

Negara.

“Saya dimaklumka­n ada mesyuarat Majlis Raja-Raja dan itu mungkin membantu dari segi menyelesai­kan kelewatan perkara apa yang hendak diputuskan Yang di-Pertuan Agong.

“Bagi pihak jemaah menteri kami memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya selepas melakukan kunjungan rasmi dan taklimat di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas isu pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantik­an Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang diarah bercuti. Namun, Istana Negara dilaporkan menolak cadangan itu.

Beberapa portal berita menyebut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menolak calon dicadangka­n Kerajaan Pusat kerana bukan

Melayu dan tidak beragama Islam.

Muhyiddin berkata, penyelesai­an itu adalah langkah penting untuk menentukan proses penguatkua­saan undang-undang dapat dilaksanak­an.

“Kita tahu di depan kita ada pelbagai isu dan masalah besar jadi kalau itu (isu AG) dapat diatasi dengan sebaik-baiknya bersandark­an kepada pertimbang­an yang bijaksana mengikut peruntukan yang ada dalam perlembaga­an negara, maka saya tak fikir ia akan jadi satu isu yang berlarutan,” katanya.

 ??  ?? TOMMY Thomas
TOMMY Thomas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia