Harian Metro

KDN beri kerjasama penuh

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan dua pegawai kanan Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman oleh suruhanjay­a itu, Khamis lalu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam siasatan memandangk­an SPRM berhak untuk bertindak sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Ada beberapa kes sudah dilaporkan kepada saya oleh Ketua Polis Negara.

“Kalau ada membabitka­n lain-lain agensi seperti SPRM dan sebagainya, kita tidak akan campur tangan.

“Pihak agensi dan pihak berkuasa tertentu ada hak untuk bertindak kalau mereka ada bukti. Jadi kita akan berikan kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Khamis lalu, dua pegawai kanan polis ditahan SPRM, dipercayai menerima rasuah untuk melindungi pusat judi.

Serbuan dijalankan di sebuah bengkel dan menemui wang tunai daripada dua suspek yang bertugas di Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman, berjumlah RM1.5 juta.

Susulan penahanan itu, semalam SPRM turut merampas lima kenderaan mewah bernilai hampir RM3 juta dipercayai milik salah seorang pegawai kanan polis yang ditahan.

 ??  ?? MUHYIDDIN pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
MUHYIDDIN pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia