Harian Metro

Dua maut, enam cedera

-

Bagan Serai: Dua maut manakala enam parah dalam kemalangan membabitka­n sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 92 Jalan Ipoh-Butterwort­h, dekat Taman Selinsing Indah, di sini, petang semalam.

Pemandu Perodua Bezza yang juga orang kurang upaya (OKU), Jubidi Johari, 62, dan pasanganny­a yang duduk di kerusi penumpang hadapan, Che ‘Noriah Nawari, 58, berasal dari Tebuk Haji Dollah, Selinsing di sini, maut di lokasi kejadian.

Sementara, dua lagi penumpang kenderaan itu dipercayai cucu kepada mangsa mengalami kecederaan serius.

Empat lagi mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux turut parah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata polis menyiasat punca sebenar kejadian itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Abdul Jalil Nasir, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.01 petang.

Menurutnya, tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Zainuddin Mohd Nordin segera ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n kerja menyelamat mangsa yang terperangk­ap.

“Kejadian kemalangan itu membabitka­n sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan Perodua Bezza,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala enam mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia