Harian Metro

Tommy tunggu surat lantikan secara rasmi

-

Kuala Lumpur: Peguam terkemuka, Tommy Thomas yang menerima perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebagai Peguam Negara yang baru menganggap pelantikan itu sebagai satu penghormat­an.

“Saya hanya orang biasa dan pelantikan ini satu tanggungja­wab yang berat.

“Bagaimanap­un, adalah terlalu awal untuk saya memberikan sebarang komen namun saya mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an semua,” katanya ditemui media di depan pejabatnya di sini, semalam.

Terdahulu, wakil media mula berkumpul di hadapan pejabat beliau seawal jam 10 pagi sebaik mendapat maklumat mengenai perlantika­n itu.

Beliau yang tiba kira-kira jam 1.35 tengah hari, dilihat tersenyum sebaik keluar dari keretanya dan memohon maaf kepada petugas media yang sudah menunggu.

Pelantikan Thomas, 66, dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembaga­an Persekutua­n dan diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Dr Mahathir mencadangk­an Tommy sebagai calon Peguam Negara bagi menggantik­an Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut memaklumka­n sudah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad pagi semalam dan akan mengatur pertemuan sekali lagi dengan Perdana Menteri, esok.

Beliau turut menafikan spekulasi akan mengambil alih jawatan itu dan memulakan tugas sebagai Peguam Negara, esok.

“Saya tidak boleh membuat sebarang komen sehingga menerima surat pelantikan rasmi yang mungkin mengambil masa beberapa hari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia