Harian Metro

Kecewa harga tak berubah

KPDNKK serbu butik lepas terima aduan pengguna beli tudung sama harga lepas 0 GST

- Khairul Najib Asarulah Khan cnews@nstp.com.my

Sebuah butik tudung jenama terkemuka diberi amaran, kelmarin berikutan menawarkan harga sama sebelum dan selepas pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar peratus.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) negeri, Zubir Hamsa berkata, pihaknya menerima aduan selepas resit pembelian tudung itu tular di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya mendapati tudung dibeli pelanggan dengan harga RM50 pada 31 Mei lalu sama dengan pembelian pada Sabtu lalu sedangkan harga sepatutnya RM47.

“Dengan itu, kami menghantar pegawai penguat kuasa untuk pemeriksaa­n, namun mendapati semua harga jenis tudung itu sudah diperbetul­kan.

“Mereka mendakwa masalah itu timbul berpunca daripada sistem pembayaran premis itu yang menghadapi gangguan sebelum pulih semalam (kelmarin).

“Peniaga itu juga akan mengembali­kan semula wang lebihan bayaran pelanggan berkenaan menerusi rekod transaksi jualan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memberi amaran kepada pemilik premis dan pemeriksaa­n berkala akan dijalankan.

“Jika terdapat kes berulang notis akan dikeluarka­n mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat mengenai peniaga tidak mematuhi undang-undang dengan penguranga­n kadar GST boleh menyalurka­nnya menerusi talian 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) 03-8000 8000.

Maklumat turut boleh disalurkan melalui talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) 1-800-886-800 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip “KPDNKK ADUAN <butiran aduan” ke 15888.

 ??  ?? PENGUAT Kuasa KPDNKK Negeri Sembilan memeriksa butik tudung yang sebelum ini menjual tudung pada harga yang sama selepas GST pada kadar sifar.
PENGUAT Kuasa KPDNKK Negeri Sembilan memeriksa butik tudung yang sebelum ini menjual tudung pada harga yang sama selepas GST pada kadar sifar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia