Harian Metro

MAYAT BERDEBU

 Angka kematian letupan gunung berapi Fuego meningkat lebih 60, kampung diselaputi abu

- Daily Mail

“Kami sedang menghadiri parti menyambut kelahiran bayi apabila jiran tiba-tiba menjerit supaya keluar melihat lahar yang mengalir deras.

“Kami tidak mempercaya­inya lalu keluar untuk melihat, namun ketika itu lumpur panas mula memenuhi jalan,” kata penduduk kampung San Miguel Los Lotes, Hilda Lopez ketika menceritak­an saat cemas susulan letusan gunung berapi Fuego di Guatemala, Ahad lalu.

Kepantasan dan keganasan letusan itu mengejutka­n penduduk setempat dengan ramai terkorban di dalam atau sekitar rumah mereka.

Penduduk di selatan cerun gunung paling teruk terjejas dengan mangsa yang maut termasuk kanak-kanak.

Angka korban dilaporkan terus meningkat kepada 69 orang selepas kampung mereka dilanda aliran campuran abu dan gas serta lumpur panas yang bergerak menuruni gunung berapi susulan letusan terbaru pagi kelmarin.

Letusan kedua itu menghalang usaha menyelamat mangsa dilakukan selepas petugas bencana menarik mayat daripada limpahan berwarna coklat yang menelan kampung El Rodeo.

Sementara itu, pengarah institut seismologi dan gunung berapi, Eddy Sanchez berkata, suhu aliran yang turun daripada letusan gunung berapi itu mencecah kira-kira 700 celcius.

Menurut pakar, letusan akan berakhir selepas 16 jam aktiviti gunung berapi, namun ia boleh kembali aktif.

Beberapa imej ditunjukka­n Sacatepequ­ez televisyen menunjukka­n kerosakan teruk akibat bencana itu termasuk keadaan sekitar yang rentung, selain tiga mayat terbaring diliputi debu.

Setiausaha Agung agensi pengurusan bencana Guatemala (CONRED), Sergio Cabanas berkata, antara yang maut empat orang termasuk pegawai agensi bencana yang terbunuh selepas lahar mengakibat­kan sebuah rumah terbakar di El Rodeo, manakala dua kanak-kanak rentung ketika melihat letusan kedua dari jambatan.

Manakala seorang mangsa yang ditemui di atas jalan di El Rodeo oleh bomba sukarela meninggal dunia di dalam ambulans.

 ??  ?? KENDERAAN diselaputi abu dan lumpur. - Daily Mail
KENDERAAN diselaputi abu dan lumpur. - Daily Mail
 ??  ?? MAYAT seorang penduduk diselaputi abu. - Daily Mail
MAYAT seorang penduduk diselaputi abu. - Daily Mail
 ??  ?? ANGGOTA polis berlari menyelamak­an diri daripada aliran abu dan lumpur serta gas beracun dari gunung berapi itu. - Daily Mail
ANGGOTA polis berlari menyelamak­an diri daripada aliran abu dan lumpur serta gas beracun dari gunung berapi itu. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia