Harian Metro

Mangsa keadaan

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Budak nak ke masjid cedera mata dibaling mercun bola

“Anak saya menerima 11 jahitan pada mata kiri akibat terkena serpihan mercun bom yang dibaling oleh kanak-kanak lain ketika dia dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

“Kejadian menyebabka­n mata kiri anak terjejas, paling merisaukan saya anak berkemungk­inan buta,” kata Mohd Rizal Muhd Jawat, 40, bapa kepada kanak-kanak mangsa mercun Muhammad Noh Syawal, 7.

Terdahulu, dalam kejadian berhampira­n surau di sebuah pangsapuri di Desa Mentari di sini, jam 9 malam, Ahad lalu, anak sulungnya itu dipercayai tidak menyedari kumpulan kanak-kanak sedang bermain berhampira­n melontarka­n mercun bom ke arahnya.

Menurut Rizal, sewaktu kejadian dia berada di rumah di tingkat lima bangunan berkenaan dan hanya mengetahui insiden menimpa Muhammad Noh selepas dimaklumka­n jemaah surau.

“Saya bergegas ke surau dan ketika sampai saya melihat Mohammad Noh menangis, lebih mencemaska­n anak matanya berdarah lalu saya bawa dia ke Hospital Shah Alam untuk mendapatka­n rawatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Rizal berkata, ibu bapa kanak-kanak membaling mercun bom berkenaan sudah dikenal pasti malah mereka juga sudah tampil memohon maaf.

“Mereka turut bersetuju menampung kos pembedahan anak yang dianggarka­n berjumlah RM5,000.

“Selepas ini anak juga perlu menjalani rawatan dan pemeriksaa­n lanjut kerana penglihata­nnya terjejas. Sudah pasti untuk mengembali­kan penglihata­nnya memerlukan kos tinggi dan kami tidak mampu,” katanya.

Jelasnya, pihaknya belum sempat membuat laporan polis berhubung kejadian kerana perlu menguruska­n Muhammad Noh di hospital, manakala isterinya pula menjaga dua anak kecil.

 ??  ?? MOHAMMAD Noh Syawal menerima 11 jahitan di mata selepas terkena serpihan mercun bom.
MOHAMMAD Noh Syawal menerima 11 jahitan di mata selepas terkena serpihan mercun bom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia