Harian Metro

KERAK AYAM RANGUP

- Badrul Kamal Zakaria badrulkama­l@nstp.com.my

Peniaga belajar resipi daripada kenalan di KL jual nasi ayam beragas di Alor Setar

Ayam dan udang bersalut tepung yang digoreng panas dan dimakan bersama nasi ayam hasil air tangan Mastura Abdul Hamid, 43, di gerainya di bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, memikat selera pelanggan.

Menunya diberi nama nasi ayam beragas dan nasi udang beragas yang dipelajari­nya lima tahun lalu daripada kenalan ketika berniaga di Kuala Lumpur menjadi punca pendapatan­nya sejak pulang dan menetap di Alor Setar.

Mastura berkata, dia memilih nama beragas diambil daripada rakannya dari Johor yang mana beragas itu bermaksud kerak.

Menurutnya, jika ingin diletak nama kerak ayam tidak berapa sesuai menyebabka­n dia meletakkan nama nasi ayam beragas bagi menarik pelanggan membeli.

“Resipi ini diperoleh daripada rakan saya dan sepanjang Ramadan ini mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kebiasaann­ya sebaik memulakan perniagaan pada jam 3.30 petang pelanggan datang membeli dan sehingga jam 6.30 petang semua habis dijual,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, semalam.

Menurutnya, setiap hari enam ayam dan 10 kilogram beras disediakan untuk jualan nasi ayamnya itu.

“Ayam dan udang ini disalut tepung rangup, malah saya menggoreng di sini bukan di rumah bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Hanya nasinya saja dimasak di rumah malah setakat ini pelanggan berpuas hati dan ada yang datang lebih sekali untuk membeli,” katanya.

Mastura antara usahawan wanita terbabit dalam Program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Saya berterima kasih kepada Coca-Cola KU kerana membantu perniagaan usahawan tempatan, sekali gus menjadikan saya lebih bersemanga­t untuk memajukan perniagaan pada masa hadapan,” katanya.

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.

Bagi penganjura­n di Malaysia, 5by20 ialah Program Coca-Cola KU yang mana usahawan tempatan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

 ??  ?? MASTURA menyusun Nasi Ayam Beragas yang dijual di gerainya di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
MASTURA melayan pelanggan di gerainya.
MASTURA menunjukka­n Nasi Ayam Beragas.
MASTURA menyusun Nasi Ayam Beragas yang dijual di gerainya di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam. MASTURA melayan pelanggan di gerainya. MASTURA menunjukka­n Nasi Ayam Beragas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia