Harian Metro

Tak pakai orang dalam

- Michelle Gun news@nstp.com.my

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad sedia menerima kritikan terhadap telefilem seram komedi The Hantus yang akan ditayangka­n di Astro First Eksklusif, mulai 15 Jun ini.

Nabil yang juga penerbit, pengarah bersama dan penulis skrip telefilem itu turut menafikan dia menggunaka­n ‘orang dalam’ di Astro untuk menerbitka­n The Hantus.

“Memang saya mempunyai hubungan baik dengan Astro kerana menjadi pengaraca, pelawak dan penyampai radio untuk stesen berkenaan.

“Bagaimanap­un, saya menggunaka­n saluran sah serta prosedur betul iaitu bermula dengan membentang­kan idea kepada pihak Astro,” katanya.

Menurut pengacara program MeleTop ini, skrip sekuel The Hantus 2 sudah selesai, namun belum ada tawaran daripada Astro untuk pembikinan­nya.

“Saya mengharapk­an The Hantus akan menjadi bualan hangat netizen, sekali gus tular di media sosial,” katanya.

Nabil juga menganggap kritikan netizen sebagai publisiti untuk mempopular­kan telefilem itu.

“Mana tahu, selepas ini ada stesen televisyen lain berminat untuk melantik saya sebagai pengarah atau penulis skrip,” katanya.

The Hantus diinspiras­ikan daripada kisah seram tular kereta Volkswagen kuning, Hantu Kak Limah dan misteri taman tema terbiar Mimaland.

 Nabil perjelas telefilem The Hantus guna saluran sah, prosedur betul sebelum pembikinan

 ??  ??
 ??  ?? NABIL (dua dari kanan) bersama barisan pelakon The Hantus yang akan ditayangka­n di Astro First Eksklusif bermula 15 Jun ini.
NABIL (dua dari kanan) bersama barisan pelakon The Hantus yang akan ditayangka­n di Astro First Eksklusif bermula 15 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia