Harian Metro

12 tahun katam 6 kali

-

Shah Alam Bukit Mertajam: Cinta terhadap al-Quran mendorong seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Jaya di sini, menghabisk­an masa terluang dengan membaca ayat suci sehingga 30 juzuk sebanyak enam kali.

Muhammad Aiman Mohd Rashidi, 12, berkata, dia yang mula diperkenal­kan dengan bacaan al-Quran ketika berusia enam tahun menghabisk­an bacaan pertamanya setahun kemudian.

Menurutnya, dia menetapkan sekurang-kurangnya dapat membaca dan menghabisk­an semua surah yang terkandung dalam sekali setiap tahun.

“Alhamdulil­lah syukur, ketika berusia 12 tahun saya sudah khatam 30 juzuk sebanyak enam kali.

“Ini satu pencapaian terbaik dalam hidup saya dan berharap amalan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui di Program World #QuranHour di sini, semalam.

Dalam program berkenaan, lebih 600 murid dan guru mengambil bahagian membaca al-Quran dalam tempoh satu jam untuk mengimarah­kan Ramadan.

Bagi murid tahun enam, Alya Nasuha Mohd Daud, berkata, dia yang sudah menghabisk­an bacaan 30 juzuk sebanyak empat kali memanfaatk­an program berkenaan untuk memperbaik­i bacaannya ke arah lebih baik.

“Membaca al-Quran secara beramai-ramai seperti ini bukan hanya seronok tetapi ia membantu saya meningkatk­an lagi pemahaman dan mempelajar­i cara bacaan yang lain sekali gus dapat memperbetu­lkan bacaan saya,” katanya.

Seremban

 ??  ?? PESERTA khusyuk membaca al-Quran di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM.
PESERTA khusyuk membaca al-Quran di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 500 peserta mengambil bahagian pada program World #QuranHour Sarawak, Kuching.
SEBAHAGIAN daripada 500 peserta mengambil bahagian pada program World #QuranHour Sarawak, Kuching.
 ??  ?? SERAMAI 200 orang ramai sertai QuranHour di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Klang.
SERAMAI 200 orang ramai sertai QuranHour di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek, Klang.
 ??  ?? JEMAAH masjid bergambar selepas membaca ayat suci al-Quran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
JEMAAH masjid bergambar selepas membaca ayat suci al-Quran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 ??  ?? MURID Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya tekun membaca al-Quran.
MURID Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya tekun membaca al-Quran.
 ??  ?? MUALAF, Fatimah Abdullah (kiri) dan Rohani Kim Abdullah antara yang hadir program di Masjid At-Taqwa Kampung Padang Tembak, Teluk Intan.
MUALAF, Fatimah Abdullah (kiri) dan Rohani Kim Abdullah antara yang hadir program di Masjid At-Taqwa Kampung Padang Tembak, Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia