Harian Metro

Tanda hargai pengorbana­n

- Muhamaad Razis Ismail am@hmetro.com.my

Ipoh: Dua pasukan keselamata­n dan bantuan iaitu Jabatan Bomba serta Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Akademi Tentera Udara (ATU) menjadi antara penerima sumbangan #HMKotakRez­eki di negeri ini.

Ia sebagai tanda menghargai pengorbana­n anggota terbabit bertugas tanpa mengira masa demi menjaga keamanan dan keselamata­n serta membantu ketika kecemasan dan bencana negara.

Sebanyak 350 #HMKotakRez­eki yang mengandung­i juadah berbuka puasa diagihkan kepada anggota JBPM Perak dan ATU yang bertugas ketika waktu berbuka puasa.

Penyerahan #HMKotakRez­eki itu disampaika­n Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Perak Jalal Ali Mohd Abdul Rahim kepada Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis dan Komandan ATU Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid.

Yahya ketika ditemui menzahirka­n ucapan terima kasih kepada HM yang sudi menyampaik­an #HMKotakRez­eki dan tidak pernah melupakan JBPM Perak setiap tahun.

Katanya, semua Kotak Rezeki akan diagihkan kepada anggota bomba bertugas ketika waktu berbuka.

“Setiap tahun HM mesti menyampaik­an sumbangan ini kepada bomba dan kami menghargai sumbangan ini kerana tidak melupakan pasukan keselamata­n,” katanya.

Kota Bharu

“Alhamdulil­lah untuk tiga tahun berturut-turut Harian Metro tidak pernah melupakan bomba

Kelantan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Nazili Mahmood, berhubung sumbangan #HMKotakRez­eki diterima kelmarin.

Nazili berkata, sumbangan yang diberikan cukup bermakna dan bukti penghargaa­n media kepada anggota keselamata­n yang bertugas terutama pada Ramadan.

Katanya, lebih bermakna Harian Metro tidak pernah melupakan bomba Kelantan dalam mengagihka­n #HMKotakRez­eki.

“Kebiasaann­ya ketika bertugas, kami hanya sempat minum air saja sebelum meneruskan tugas sehingga

 ??  ?? JALAL Ali (empat dari kiri) menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Yahaya Madis (enam dari kiri) di Ipoh.
JALAL Ali (empat dari kiri) menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Yahaya Madis (enam dari kiri) di Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia