Harian Metro

‘Usah bersedih lagi’

 Bekas Presiden UMNO ajak ahli perbaiki kelemahan parti

- Mohd Anwar Patho Rohman cnews@nstp.com.my

“Kita kena bangkit dan masa untuk bersedih sudah berlalu. Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan UMNO agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

“Oleh itu, ahli UMNO hendaklah kuatkan semangat, perkukuhka­n ketahanan diri untuk terus menyuburka­n dan memulihkan UMNO. Ini kerana UMNO banyak berjasa dan sinonim dengan pelbagai kejayaan negara kita.

“Insya-Allah, kita tabah menghadapi dugaan yang amat hebat daripada Allah SWT, semoga Allah SWT merahmati perjuangan kita,” kata bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang meminta ahli UMNO meneruskan perjuangan parti keramat itu sambil mengakui bertanggun­gjawab sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) atas kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Najib turut berkongsi rutin kehidupann­ya dengan kini meluangkan banyak masa pada Ramadan untuk beramal ibadat.

Katanya, beliau juga tidak putus-putus menerima kunjungan pemimpin dan ahli UMNO dari seluruh negara, penyokong dan sahabat yang memberi sokongan dan meminta pandangan mengenai kedudukan semasa.

“Boleh dikatakan tak putus-putus mereka yang datang ke rumah, terima kasih. Selain itu, saya juga dalam proses membuka satu pejabat untuk menjalanka­n urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemu saya,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan terhadapny­a yang disifatkan sebagai dendam politik.

“Setakat ini, saya dua kali memberi keterangan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Waktu sekarang ini adalah masa yang cukup bernilai untuk saya bersama keluarga, terutama anak dan cucu kerana saya terlalu sibuk dengan urusan negara selama ini,” katanya.

Dalam aspek kebajikan, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan terus menyampaik­an bantuan zakat kepada kumpulan asnaf walaupun lebih bersederha­na berbanding sebelum ini.

“Saya dan keluarga menyambut

Aidilfitri di

Pekan,” katanya. Sementara itu, Najib turut mengumumka­n beliau menawarkan diri untuk mempertaha­nkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti kali ini.

Hasrat itu dinyatakan beliau dalam status Facebookny­a, semalam.

“Bagi diri saya pula, saya akan terus memimpin UMNO Pekan dan menawarkan diri untuk mempertaha­nkan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Pekan,” katanya.

Najib, 65, memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan sejak

1982.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia