Harian Metro

Agih dengan adil

-

 Kerajaan Persekutua­n beri jaminan peruntukan kewangan ambil kira kemampuan setiap negeri

erajaan Persekutua­n memberi jaminan peruntukan kewangan yang akan diagihkan kepada kerajaan negeri lebih adil dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendirian itu dimaklumka­n Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat pertama Majlis Kewangan Negara, semalam.

“Beliau (Dr Mahathir) menyatakan bahawa kerajaan (Persekutua­n) mesti adil dalam agihan peruntukan itu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementeria­n Kewangan di sini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n menyifatka­n sesetengah negeri yang kaya boleh menampung perbelanja­an di negeri masing-masing berbanding negeri-negeri yang miskin.

Dr Wan Azizah berkata, dalam hal itu, negeri yang miskin sepatutnya mendapat lebih lagi peruntukan.

“Walaupun tidak bersama dengan Kerajaan Persekutua­n, tetapi kerajaan akan tetap menyalurka­n peruntukan itu dengan mengambil kira keperluan rakyat tanpa mengira parti,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba kira-kira jam 9.40 pagi sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 yang kali pertama diadakan di Kementeria­n Kewangan.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mesyuarat itu bertujuan membincang­kan perkara yang membabitka­n pengurusan kewangan kerajaan negeri dan isu yang berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia