Harian Metro

Dapat kerjasama Indonesia, Brunei jejak Jamal, Musa

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapatka­n kerjasama pihak berkuasa Indonesia serta Brunei untuk membantu mengesan Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Tan Sri Musa Aman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ia berikutan maklumat diterima pihaknya mengatakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan bekas Ketua Menteri Sabah itu ‘bersembuny­i’ di negara berkenaan.

Katanya, polis percaya Jamal yang juga Pengerusi Persatuan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia menggunaka­n laluan tikus untuk melarikan diri ke negara jiran itu.

“Daripada risikan, kami percaya dia (Jamal) kini berada di Indonesia dan kami kini giat mengesan lokasi sebenar Jamal.

“Kami percaya dia menggunaka­n laluan tikus untuk keluar dari negara ini selepas pihak Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukka­n dia keluar dari negara ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Op Selamat 13 sempena Aidilfitri 2018, semalam.

Beliau berkata, pada masa sama polis mengesan Musa yang dipercayai menjadikan Brunei sebagai transit sebelum keluar meninggalk­an negara.

Katanya, pihak Imigresen tidak mempunyai rekod Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu meninggalk­an negara, namun polis percaya beliau keluar melalui Brunei.

“Kita tengah kesan beliau (Musa), ada yang mengatakan berada di Brunei tetapi tiada lokasi spesifik,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi
MOHAMAD Fuzi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia