Harian Metro

Mohd Shahar tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO

-

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga Anggota Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Mohd Shahar berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan parti keramat itu dapat bangkit melakukan pembaharua­n untuk terus berbakti kepada rakyat.

Kata Mohd Shahar, barisan kepemimpin­an yang bakal menerajui UMNO dalam keadaan sukar seperti hari ini bukan saja perlu memiliki keyakinan, tetapi harus merentasi semua aspek demografik dan mempunyai platform di semua tempat.

Justeru, kata beliau, pemimpin yang dipilih seharusnya mampu membawa suara akar umbi dan suara parti sebagai parti pembangkan­g di Dewan Rakyat.

“Dalam hal ini, saya dengan rendah hati menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat kerana saya bukan sahaja berasal dari ‘kilang’ Pergerakan Pemuda UMNO, malah masih muda dan mempunyai pengalaman mentadbir UMNO negeri Pahang.

“Menjadi pengganti kepada seorang pemimpin yang disegani dan mempunyai reputasi tinggi seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar bukan sesuatu yang mudah namun saya bersedia untuk menggalas tanggungja­wab berat yang diberikan.

“Ini kerana untuk meneruskan kesinambun­gan parti, kita memerlukan ramai pemimpin yang hebat dan tidak boleh bergantung kepada hanya seseorang pemimpin sahaja,” katanya dihubungi semalam.

 ??  ?? MOHD Shahar
MOHD Shahar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia