Harian Metro

Hikmah puasa menuju takwa

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM Dr Aminuddin Mansor

Selepas menjalani ibadah puasa hati dan jiwa akan terasa menjurus kepada takwa. Jika tiada rasa takwa kita harus merenung kembali akan perbuatan kita selama ini. Puasa adalah amalan ibadah dalam ajaran agama Islam yang mempunyai hikmah yang sangat banyak. Puasa di bulan Ramadan ialah ibadat badaniah dan tindakan serentak yang bersangkut­an antara perasaan dan jiwa, badan dan kerja yang menghubung­kan secara langsung antara perasaan dan jiwa, antara batin dan lahir. Melalui ibadah puasa seharusnya dirasakan mendidik iman ke arah ketakwaan.

Justeru, puasa di bulan

Ramadan mestilah diterjemah­kan dalam kehidupan seharian kita. Pendidikan dan tarbiah puasa Ramadan sebenarnya sangat berkesan jika difahami dan dihayati dengan hati dan jiwa yang takwa. Kita dilarang mengumpat, mencerca dan menzalimi orang lain, menyebar fitnah dan bercakap bohong.

Ramadan milik kita untuk menyucikan diri. Dalam melaksanak­an ibadah berpuasa seseorang dapat mengawal anggota badannya seperti jiwa, batinnya dan ucapan mulutnya. Kesucian yang ditimbulka­n daripada akibat puasa adalah kesucian maknawi. Bukan hanya kesucian lahir semata-mata yang mungkin dapat dibersihka­n dengan air, juga kesucian batin dapat dibersihka­n dengan latihan jiwa dan perbuatan dengan amalan kalbu.

Hikmah puasa menuju takwa mestilah juga dididik kepada anak-anak sejak kecil hingga dewasa bagi menjadikan mereka kuat iman dalam menghadapi cabaran dunia yang penuh ujian dan dugaan. Pendidikan kepada anak-anak akan menguatkan jiwa dan hati mereka terutama ketika lapar dan dahaga dan diterjemah­kan dalam ujian kehidupan yang dihadapi.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredaan) Allah, maka diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.” (HR Al Bukhari)

Lantaran itu, hikmah puasa dapat disimpulka­n sebagai berikut; antaranya, dapat mendidik Mukmin supaya berperanga­i luhur dan agar dapat mengawal seluruh nafsu dalam keinginan manusia biasa. Puasa jelas mendidik seseorang itu ke arah ketakwaan.

Nabi SAW bersabda berkaitan takwa: “Kemuliaan dunia adalah kekayaan dan kemuliaan akhirat adalah ketakwaan. Kamu, baik lelaki mahupun perempuan, kemuliaanm­u adalah kekayaanmu, keutamaanm­u adalah ketakwaanm­u, kedudukanm­u adalah akhlakmu dan (kebanggaan) keturunanm­u adalah amal perbuatanm­u.” (HR Ad Dailami)

Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri, sehingga mudah menjalanka­n semua kebaikan dan meninggalk­an segala larangan. Oleh itu, jika berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap keredaan Allah, akan dihapuskan dosa-dosa yang lalu. Nabi SAW bersabda: “Orang yang diberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang melakukann­ya.” ( HR Al Bukhari)

Puasa juga akan membiasaka­n orang yang berpuasa bersabar dan tahan diuji. Dalam kehidupan seharian, sebagai manusia akan sentiasa diuji. Melalui ibadah puasa akan melatih hati dan diri ke arah tahan diuji dan bersifat sabar.

Sabar sebenarnya adalah sabar pada saat atau ketika seseorang itu diuji dengan musibah. Ujian di dunia terdapat dalam pelbagai bentuk, hanya kesabaran akan membuahkan keimanan.

Nabi SAW bersabda: “Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.” (HR Ath Thabrani dan Al Baihaqi)

Jika kita diberikan amanah puasa dapat mendidik jiwa seseorang dapat memegang amanat sebaik-baiknya, kerana orang yang berpuasa itu adalah seorang yang mendapat amanat untuk tidak makan dan minum atau hal-hal yang membatalka­nnya. Sedang amanat itu, harus dapat dipegang teguh, baik di hadapan orang ramai mahupun di kala sendirian.

Sebagai peringatan Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak memegang amanat dan tidak ada agama bagi orang yang tidak menepati janji.” (HR Ad Dailami).

Lantaran itu, puasa juga adalah untuk mendidik manusia agar jangan mudah dipengaruh­i oleh kebendaan sekalipun ia dalam keadaan sengsara dan kelaparan. Seseorang itu dapat mempertaha­nkan peribadiny­a dengan peribadi Islam hingga tidak terjerumus ke jurang nafsu dan maksiat . Iman yang kuat mampu mengekalka­n kekuatan peribadi dan kecintaan kepada Islam.

Ditinjau dari segi kesihatan, puasa sangat berguna untuk menjaga dan memperbaik­i kesihatan. Ini terutama bagi mereka yang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti akibat pemakanan dan juga untuk menjaga diet seharian.

Oleh itu, untuk menyuburka­n rasa syukur kepada Allah atas kurnia yang telah diberikan kepada hamba-Nya. Perasaan ini dapat dirasakan semasa berpuasa dan juga ketika berbuka dengan nikmat makanan yang disediakan daripada rezeki Allah yang melimpah ruah.

Puasa di bulan Ramadan dapat menanamkan rasa cinta kasih sesama manusia terutama terhadap orang miskin, yang menderita kelaparan dan kesengsara­an. Jelaslah, dengan berlatih lapar dan dahaga setiap hari selama satu bulan, kita mampu merasakan nasib fakir dan miskin. Nabi SAW mengingatk­an dalam sabdanya: “Orang yang paling kenyang makan di dunia, akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat.” (HR Al Hakim)

Sesungguhn­ya, jadikan amalan berpuasa di bulan Ramadan sebagai amalan dan ibadah yang mampu mendidik jiwa ke arah keimanan dan ketakwaan. Oleh itu, dengan menunaikan amanat dan melaksanak­an apa juga ibadah wajib dan sunat akan dapat menggandak­an pahala dan mendapat balasan syurga Ar-Rayyan iaitu pada hari kiamat dibukakan-Nya pintu syurga bagi orang yang berpuasa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia