Harian Metro

Bayar zakat hidup berkat

- Mohd Fadly Samsudin rencana@hmetro.com.my

Setiap umat Islam perlu menanam kefahaman serta keyakinan apabila dia menafkahka­n sebahagian hartanya ke jalan Allah

SWT termasuk berzakat, pasti ada pulanganny­a.

Tidak dinafikan, sudah menjadi lumrah manusia berasa cinta dan sayangkan harta yang dimilikiny­a. Sukar bagi mereka untuk memberi hartanya kepada orang lain sekiranya tidak menerima sebarang ganjaran.

Yakinlah akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangk­an harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya.

Di dunia lagi, apabila seorang lelaki melunaskan zakat yang diwajibkan ke atasnya, dia akan dikurniaka­n isteri solehah, anak yang taat serta rumah tangga yang tenteram.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihk­an mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhn­ya doamu itu menjadi ketenteram­an bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103)

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan ZakatMAIWP (PPZ-MAIWP), Ahmad Syukri Yusoff berkata, sebab itu dalam Islam ada istilah jihad iaitu meninggika­n kalimah Allah SWT dengan mengutamak­an apa saja kehendak Allah SWT melebihi perkara lain.

Menurutnya, amalan berzakat berupaya mengikis sifat terlalu cintakan harta dunia yang mendorong manusia bersifat bakhil dan tidak prihatin dengan kesusahan saudara seagama.

“Dalam satu hadis riwayat al-Baihaqi, Nabi SAW ada menyebut bagaimana orang apabila menunaikan zakat dia membaca doa yang maksudnya, “Ya Allah jadikanlah (zakat) itu keuntungan kepada saya, Ya Allah jangan jadikannya sebagai sesuatu yang merugikan.”

“Doa yang Nabi ajar itu menggambar­kan manusia memang berasa terlalu sayang untuk memberikan harta mereka. Namun, melalui doa itu, Nabi didik umatnya supaya berasakan amalan berzakat adalah satu bentuk pelaburan yang akan membawa keuntungan besar kepada mereka kelak,” katanya.

Ahmad Syukri berkata, terdapat segelintir umat Islam merasakan zakat hanya perlu ditunaikan golongan kaya saja sehingga menyebabka­n perintah

 Amalan mulia ini dapat mensucikan hati dan harta dimiliki

melaksanak­an Rukun Islam ketiga itu dipandang remeh.

“Selain itu, apabila disebut zakat, ada yang fokus untuk membayar zakat fitrah saja seperti difardukan ke atas setiap Muslim pada bulan Ramadan.

“Sebenarnya, Ramadan bukan sekadar mengingati tanggungja­wab membayar zakat fitrah saja tetapi perlu juga ingat untuk membayar zakat harta.

“Sehubungan itu, umat Islam disarankan membuat pertanyaan dan penaksiran semula zakat di mana-mana kaunter pungutan zakat bagi menentukan sama ada mereka perlu membayar zakat bagi tahun berkenaan ataupun tidak.

“Jika mencukupi syarat wajib menunaikan zakat, maka wajib mengeluark­an 2.5 peratus daripada keseluruha­n harta. Sekiranya gagal dilunaskan, seolaholah mengambil hak asnaf termasuk golongan fakir dan miskin,” katanya.

Sementara itu, PPZMAIWP membuka 11 kaunter setiap hari pada bulan Ramadan ini dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran zakat.

Pada hari terakhir Ramadan, waktu operasinya sehingga jam 1 tengah hari.

Sebelas kaunter itu adalah di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Seksyen 5 Wangsa Maju, Presint 9, Putrajaya, Presint 15 Diplomatik Putrajaya, Anjung Niaga Taman Tun Dr Ismail dan Plaza RAH Kampung Baru.

Selain itu, Masjid AlImam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abdul Rahman bin Auf Jalan Puchong, Labuan Times Square, Masjid Negara dan UTCKL Pudu Sentral.

Ahmad Syukri berkata, pihaknya menyaranka­n orang ramai yang belum menunaikan zakat berbuat demikian di mana-mana cawangan kaunter yang dinyatakan.

“Pihak kami turut menyediaka­n Kaunter Zakat Bergerak yang akan berada di lokasi tertentu setiap hari.

“Untuk mendapatka­n perkhidmat­an itu, boleh menghubung­i talian 1-30088-5757 atau boleh berinterak­si menerusi Facebook PPZ-MAIWP iaitu Pusat Pungutan Zakat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh membuat pembayaran zakat melalui Portal Zakat PPZ-MAIWP dengan melayari www. zakat.com.my.

Selain itu, 14 bank turut dilantik sebagai ejen bagi memudahkan orang ramai menunaikan tanggungja­wab membayar zakat melalui perbankan Internet.

 ??  ?? AHMAD Syukri
AHMAD Syukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia