Harian Metro

Dugaan bawa anak kecil ke masjid

- Penulis Perunding Psikologi Bahasa

Damainya suasana Ramadan. Di mana-mana masjid, mudah kelihatan keluarga datang membawa bersama anak kecil mengimarah­kan rumah Allah. Ramadan mendekatka­nhubungan kekeluarga­an. Suasana seperti itu pastinya akan selalu dirindukan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata, dalam Masjid Parlimen Umat, halaman 30:

“Institusi masjid juga boleh mengajar kita erti persamaan. Persamaan manakah yang lebih terserlah berbanding persamaan kaum Muslimin di dalam masjid?

“Orang tua duduk di samping anak-anak kecil, orang kaya di samping orang yang miskin, menteri di samping buruh, pemimpin di sebelah rakyat dan ternyata semuanya tidak ada perbezaan di antara mereka.”

Apabila diimbas lembaran sejarah, kanak-kanak memang didekatkan dengan institusi masjid sejak awal sehingga tumbuh perasaan mencintai rumah Allah SWT.

Tidak sukar melenturka­n hati mereka saat mereka mumayyiz, baligh atau remaja untuk ke masjid. Dalam hadis diriwayatk­an Abu Qatadah alAnsori, ada menceritak­an perihal Nabi SAW yang solat sambil mendukung cucu perempuan Baginda, Umamah maksudnya: “Aku melihat Nabi SAW mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkan­nya dan apabila bangun daripada sujud, Baginda mengangkat­nya semula.” (Riwayat Muslim)

Ketika mendukung bayi, pasti akan ada pergerakan tertentu, namun ia tidaklah membatalka­n solat. Dalam Fathul Bari fi Syarhi Sahihil Bukhari turut mengulas hal Nabi SAW mendukung cucu Baginda itu.

Dalam hadis lain, Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangk­annya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak-kanak, maka aku ringkaskan (solat).” (Riwayat al-Bukhari Muslim)

Ibu pasti terhalang sama daripada menikmati kedamaian masjid apabila anak kecil tidak dibenarkan ke masjid. Perginya seorang ibu ke masjid biasanya akan ‘mengheret’ sekali semua anaknya supaya mendapat sentuhan masjid.

Pantaulah perilaku mereka. Ajarkan adab secara bertahap-tahap (tadarruj). Usah mengharapk­an anak yang baru berusia tiga tahun menjaga adab seperti anak berusia 13 tahun.

Terimalah fitrah bermain mereka, barulah kita tidak stres. Jika perlu cari ruang di belakang, di hujung saf atau di luar masjid untuk meminimumk­an gangguan terhadap jemaah lain.

Jangan cepat menghukum mereka namun nasihati mereka dengan baik, lembut dan rendah hati. Memang ketika membawa anak ke masjid, kadangkala kita diuji dengan tengkingan jemaah dan ahli jawatankua­sa masjid.

Ada jemaah menghalau ibu yang membawa anak kecil. Bersabarla­h. Boleh jadi mereka berpendapa­t tidak elok membawa anak kecil ke masjid.

Imam Malik berpesan: “Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu orang lain maka tidak mengapa, jika sebaliknya maka sebaiknya tidak dibawa ke masjid.”

 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia