Harian Metro

Bertanding EXCO pemuda

-

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim menawarkan diri untuk bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO.

Menurut Muhammad Faiz, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha sayap parti untuk mengembali­kan kegemilang­an UMNO.

Katanya, meskipun ramai yang sudah tampil menawar diri untuk jawatan berkenaan namun dia yakin perwakilan yang mewakili akar umbi akan memilih pemimpin yang benar-benar berkualiti dan terbaik.

“Saya ingin memperjuan­gkan suara hati orang muda di peringkat akar umbi dan tumpuan akan diberikan kepada aspek meningkatk­an bidang ekonomi serta pengupayaa­n sara hidup anak muda di Malaysia.

“Perjuangan kami (Pemuda UMNO) kali ini jauh berbeza kerana UMNO sekarang adalah parti pembangkan­g dan calon yang bertanding adalah benar-benar ikhlas berjuang demi kesinambun­gan kegemilang­an parti bukannya untuk jawatan atau sebaliknya.

“Saya yakin, gabungan ramai pemimpin muda yang berkualiti pada pertanding­an kali ini mampu melengkapi barisan terbaik sayap Pemuda UMNO,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain Muhammad Faiz, seorang lagi wakil dari Pahang iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit juga mengesahka­n menawar diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO.

Exco Pemuda UMNO Kedah, Muhamad Nur Aizat Noor Azam turut menyatakan hasrat menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia