Harian Metro

Berani pula masuk balik

- Junita Mat Rasid junita@nstp.com.my

Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun yang dikehendak­i dalam kes melacurkan dua anak perempuan teman wanitanya yang berusia 10 dan 13 tahun pada Oktober tahun lalu ditahan polis ke tika memasuki semula negara ini di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu.

Sebelum ini, pada November tahun lalu, ibu kanak-kanak terbabit dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen apabila mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya­i dan melacurkan dua anak kandungnya.

Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis tidak pernah berhenti mengesan suspek kes jenayah dan hasil maklumat diterima oleh Jabatan Imigresen KLIA, pihaknya mengesan suspek kes itu memasuki semula negara ini.

Katanya, susulan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan suspek terbabit sejurus dia tiba di KLIA dari Bangladesh.

“Kes ini kes tahun lalu membabitka­n dua beradik yang dilacurkan ibu mereka. Sebelum ini ibu mangsa sudah dihukum penjara 75 tahun selain lapan lelaki Bangladesh turut ditahan dan didakwa di mahkamah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dzulkhairi berkata, pihaknya percaya suspek yang bekerja kilang sebelum ini melarikan diri dengan pulang ke negaranya selepas perbuatann­ya terbongkar dan masuk semula ke Malaysia kemungkina­n untuk bekerja.

Katanya, hasil kawad cam dijalankan, kedua-dua mangsa mengenal pasti suspek sebagai lelaki yang dikehendak­i dalam kes terbabit.

Beliau berkata, suspek direman hingga 9 Jun ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376/372 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pada 25 Oktober tahun lalu, polis menerima aduan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa dia dan adiknya yang berusia 10 tahun dilacurkan ibu kandung mereka kepada beberapa lelaki Bangladesh yang juga kenalan ibu mereka.

Susulan itu, polis menahan ibu kedua-dua kanak-kanak itu dan 16 lelaki Bangladesh sebelum seterusnya wanita itu dan lapan lagi didakwa mahkamah berhubung kes berkenaan.

Mengikut fakta kes sebelum ini, kedua-dua kanak-kanak terbabit dipaksa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki warga Bangladesh secara bergilir-gilir di bilik hotel sambil disaksikan ibu mangsa.

Tertuduh didakwa melacurkan kedua-dua anak perempuann­ya lima kali iaitu pada 1, 4, 5, 6 dan 7 Oktober dengan menerima bayaran RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya menerima bayaran RM1, RM5, RM10 dan RM20 selepas anaknya dilacurkan.

 ?? Dzulkhairi Mukhtar ?? Kes ini kes tahun lalu membabitka­n dua beradik yang dilacurkan ibu mereka. Sebelum ini ibu mangsa sudah dihukum penjara 75 tahun”
Dzulkhairi Mukhtar Kes ini kes tahun lalu membabitka­n dua beradik yang dilacurkan ibu mereka. Sebelum ini ibu mangsa sudah dihukum penjara 75 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia