Harian Metro

Tiga stabil

- Noor Hidayah Tanzizi cnews@nstp.com.my

 Keluarga mangsa enggan temui media

Tiga sekeluarga dari Kampung Changkat Chermin yang dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM) dipercayai akibat keracunan, kini stabil namun masih bersedih dan terkejut dengan kejadian yang mengakibat­kan kematian seorang daripada ahli kelurga mereka.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas mengalami komplikasi ketika menerima rawatan di HSM Selasa lalu.

Tiga ahli keluarga yang masih dirawat di HSM iaitu dua kakak mangsa yang berusia 16 dan 13 tahun dan seorang adik perempuan berusia sembilan tahun.

Difahamkan, ibu bapa dan anak lelaki sulung keluarga itu yang turut mengalami keracunan makanan sebelum ini, tetapi tidak mendapatka­n rawatan di HSM.

Bagaimanap­un, usaha wartawan untuk menemubual tiga beradik itu gagal berikutan mereka enggan ditemubual dan gambar dirakam kerana dipercayai masih bersedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat tiga beradik itu di HSM semalam.

Beliau turut memaklumka­n keadaan tiga beradik itu stabil dan dijangka boleh keluar hospital tidak lama lagi.

“Saya bersimpati dan turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga berkenaan pada Ramadan ini.

“Saya harap selepas ini semua pihak saling bekerjasam­a menjaga kebersihan makanan dan peniaga juga perlu berwaspada supaya kawasan di sekeliling sentiasa bersih, ini penting supaya perkara sama tidak berulang,” katanya ketika ditemui di ruang legar HSM.

Semalam, Harian Metro melaporkan Pengarah Kesihatan Perak Dr Ding Lay Ming berkata, jabatan itu menerima laporan satu kejadian keracunan makanan membabitka­n tujuh sekeluarga di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar pada Sabtu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, gejala dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam serta seorang mengalami sawan bermula antara jam 1 hingga 5 pagi pada Jumaat lalu.

Selain itu, satu kenyataan berkaitan kes berkenaan turut tular di media sosial yang mendakwa mangsa bersama dua kakaknya dan seorang adiknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSM akibat keracunan makanan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam..
LAPORAN Harian Metro, semalam..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia