Harian Metro

Periksa 210 premis sempena sifar GST

-

Gombak: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Gombak memeriksa sebanyak 210 premis perniagaan di daerah ini sejak 1 Jun lalu sempena Ops Catut 4.0.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Gombak Anuar Zaidi Mohd Ramli berkata, 5,696 barangan diperiksa bagi memastikan pemilik premis mematuhi arahan Kementeria­n Kewangan yang menetapkan sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula awal bulan ini.

Katanya, dalam tempoh sama KPDNKK Gombak menerima tujuh aduan termasuk pemilik premis yang tidak mengemas kini harga barangan sifar GST dalam sistem pembayaran.

“Kita bertindak serta-merta selepas menerima tujuh aduan itu, dalam masa 24 jam pegawai KPDNKK dikerahkan­t.

“Kesalahan pemilik perniagaan yang tidak men- gemaskini sistem harus diperbetul­kan dalam tempoh tiga hari, selepas itu kita kembali untuk memeriksa premis berkenaan.

“Kami harap mereka akur arahan kerajaan,” katanya dalam sidang media KPDNKK Gombak Ops Catut 4.0, di Prima Sri Gombak, di sini, semalam.

Mengenai Ops semalam, Anuar Zaidi berkata, pihaknya dengan kerjasama KPDNKK Kuala Kubu Bharu memeriksa 40 premis perniagaan membabitka­n dua pegawai dan 14 anggota.

“Antara premis perniagaan itu adalah restoran, pasar raya, kedai runcit, farmasi dan bengkel.

“Kami berpuas hati hasil pemeriksaa­n premis berkenaan, ada segelintir saja yang masih tidak menukar tanda harga baru.

“Dalam sistem mereka, semua produk sudah dikemas kini dengan kadar GST sifar,” katanya.

Beliau berkata, peniaga melakukan kesalahan berkaitan harga barangan dan perkhidmat­an akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Bagi individu, kesalahan pertama mereka didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara, kesalahan kedua atau berikutnya RM250,000 atau lima tahun penjara,” katanya.

 ??  ?? ANUAR Zaidi (tiga dari kanan) bersama pegawainya melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis perniagaan.
ANUAR Zaidi (tiga dari kanan) bersama pegawainya melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis perniagaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia