Harian Metro

Silau cetus curiga

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

Tertarik dengan upah lumayan RM2,000 untuk setiap kereta membuatkan dua lelaki sanggup menanggung risiko menyeludup pelbagai jenis mercun bernilai RM100,000 dari negara jiran.

Bagaimanap­un tindakan mereka berusia 40-an yang membawa kereta secara berasingan itu mengundang padah apabila ditahan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang bertugas di sekatan jalan raya di Bukit Kayu Hitam di sini, jam 9 malam kelmarin.

Silauan cahaya lampu dua kereta di kawasan tapak lama Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) menimbulka­n curiga dalam kalangan anggota AKSEM menyebabka­n mereka menahan kereta itu untuk pemeriksaa­n.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AKSEM, Senior Asisten Komisioner Datuk Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, hasil pemeriksaa­n kenderaan terbabit menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Beliau berkata, pihaknya percaya dua lelaki itu hanya diupah untuk membawa keluar bahan letupan itu dan kegiatan itu membabitka­n banyak rangkaian sindiket.

“Upah lumayan sebanyak RM2,000 untuk sebuah kereta menyebabka­n mereka berani melakukan kegiatan itu walaupun tahu risiko yang bakal dihadapi apabila ditahan anggota kami.

“Mereka juga sanggup menggunaka­n laluan belakang dari ICQS kerana bimbang kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa disebabkan kawalan ketat di sempadan oleh pelbagai agensi.

“Kita percaya modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan menggunaka­n peluang sewaktu solat Tarawih atau selepas waktu berbuka puasa dan menggunaka­n laluan belakang sebagai cara melepaskan diri namun gagal,” katanya ketika ditemui di Kompleks Pentadbira­n AKSEM Bukit Kayu Hitam, kelmarin.

Terdahulu, Megat Mohamad Aminuddin bersama pegawai dan anggotanya berbuka puasa di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata, ia rampasan keempat membabitka­n mercun dan bunga api yang cuba diseludup masuk sepanjang Ramadan ini.

Katanya, pada malam itu, pihaknya merampas 10 guni mercun bola selain mercun ayam.

“Sindiket sentiasa mencari peluang untuk melakukan kegiatan penyeludup­an mercun namun rondaan kerap dan kawalan ketat di sempadan negara menyebabka­n ramai yang berputih mata apabila ditahan anggota kami.

“Jumlah rampasan mercun dan bunga api ini dianggarka­n bernilai RM100,000 manakala dua kereta terbabit turut disita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barangan tak berkastam,” katanya.

Dalam pada itu, Megat Mohamad Aminuddin berkata, pihaknya terus memperketa­tkan semua laluan masuk ke negara ini terutamany­a di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis bagi mengekang penyeludup­an barangan serta pendatang asing tanpa izin (PATI).

 ??  ?? MEGAT Mohamad Aminuddin (tiga dari kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Strategik AKSEM, Mohd Ridzzuan Mohd Zain (empat dari kanan) dan Komander AKSEM Kedah, Abd Latiff Abdul Rahman (dua dari kanan) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas.
MEGAT Mohamad Aminuddin (tiga dari kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Strategik AKSEM, Mohd Ridzzuan Mohd Zain (empat dari kanan) dan Komander AKSEM Kedah, Abd Latiff Abdul Rahman (dua dari kanan) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia