Harian Metro

Raya lebih ceria

- News@nstp.com.my

 PEKEMA kongsi rezeki bersama 250 pelajar kurang mampu

Seramai 250 pelajar miskin dan kurang berkemampu­an gembira apabila dibawa ke Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk membeli pakaian baru bagi menyambut Aidilfitri sumbangan Yayasan Persatuan Pengimport Kereta Melayu Malaysia (PEKEMA).

Naib Presiden PEKEMA, Datuk Nadzir Sheikh Fadzir berkata, pelajar terbabit dipilih dalam kalangan golongan kurang berkemampu­an, anak yatim, pelajar sekolah dan pelajar sekolah tahfiz di daerah Kulim/Bandar Baharu serta Seberang Perai, Pulau Pinang.

Katanya, Yayasan PEKEMA memperuntu­kkan RM200 untuk seorang pelajar dan pihaknya berterima kasih kepada Mydin Mall yang turut memberi potongan harga kepada penerima sumbangan.

“Kita memperuntu­kkan RM50,000 untuk pelajar berbelanja bagi program yang masuk kali ke-15 ini.

“Kerjasama dengan pihak Mydin Mall sudah berjalan sejak empat tahun lalu dan pihak kami memberi peluang pelajar terbabit memilih sendiri baju raya mengikut cita rasa masing-masing,” katanya ketika melayan penerima sumbangan di Mydin Mall Bukit Mertajam, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Nadzir berkata, pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringanka­n bebanan ibu bapa pelajar terbabit dalam menyediaka­n sambutan raya.

Sementara itu, Norsabrina berkata, pihaknya berterima kasih kepada Yayasan PEKEMA atas sumbangan untuk pelajar miskin di kawasan daerah Bandar Baharu.

Katanya, sumbangan itu membolehka­n pelajar terbabit meraikan hari raya dengan lebih ceria terutama mereka yang kurang berkemampu­an.

Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Nurul Ainun Balkis Mohamad Saiful, 9, berkata, dia berasa teruja dapat membeli pakaian baru.

“Tahun ini saya dapat menyambut raya lebih bersemanga­t kerana dapat membeli pakaian baru hingga sukar membuat pilihan kerana pakaian dijual semua cantik dan tidak sabar memakainya pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia