Harian Metro

Korban tidur jahit baju

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Minggu terakhir Ramadan pastinya menjadi masa paling sibuk bagi tukang jahit kerana perlu memastikan semua tempahan dapat disiapkan, jadi tidak hairan ada yang sanggup bersengkan­g mata demi menyiapkan­nya.

Begitu juga tukang jahit, Nur Amiera Abd Razak, 25, yang giat menyiapkan tempahan pelanggan kerana bimbang tidak dapat disiapkan menjelang Aidilfitri.

Nur Amiera berkata, waktu tidurnya kini kurang enam jam dan ia sudah menjadi rutin baginya setiap kali tiba Ramadan dan apabila Syawal kian menjelma.

“Saya mula mengambil tempahan sejak Disember lalu dan tempahan ditutup sejak dua bulan lalu kerana bimbang tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi kerana perlu menyiapkan­nya seorang diri.

“Sebanyak 100 pasang baju raya yang ditempah sejak Disember lalu perlu disiapkan sebelum Aidilfitri dan separuh daripadany­a sudah siap serta diserahkan kepada pelanggan,” katanya di kediamanny­a di Perumahan Bukit Rangin Perdana di sini, semalam.

Pada tahun ini, katanya, dia mengehadka­n kepada 100 pasang baju raya saja kerana mahu menjaga mutu jahitan supaya semua tempahan dapat disiapkan sebelum Aidilfitri.

“Selain menjahit pakaian tradisiona­l wanita seperti baju kurung, kebaya dan jubah, saya juga mahir menjahit pakaian lelaki seperti baju Melayu dan kurta dengan mengenakan upah yang berpatutan bermula RM45 hingga RM90,” katanya.

Nur Amiera berkata, selain daripada pelanggan yang sudah biasa dengan hasil jahitannya, perniagaan­nya turut mendapat perhatian

pelanggan dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Katanya, dia juga menerima tempahan daripada pelanggan di luar daerah yang mengetahui mengenai perniagaan­nya ini melalui promosi mulut ke mulut.

“Pada awalnya saya hanya menjangkak­an pelanggan tertumpu di kawasan sekitar daerah ini, tetapi tidak sangka rezeki tersebar ke negeri lain juga.

“Kebanyakan mereka mengetahui­nya daripada perbualan dengan rakan yang sememangny­a pelanggan tetap saya. Ia secara tidak langsung membantu meningkatk­an jumlah tempahan terutama menjelang musim perayaan ini,” katanya.

 ?? FOTO: SHAHRINNAH­AR LATIB ?? NUR Amiera menyiapkan tempahan baju raya yang diterima di rumahnya di Perumahan Bukit Rangin Perdana.
FOTO: SHAHRINNAH­AR LATIB NUR Amiera menyiapkan tempahan baju raya yang diterima di rumahnya di Perumahan Bukit Rangin Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia