Harian Metro

Karipap isi daging rusa RM1.40

-

Georgetown: Menikmati karipap berintikan daging rusa pada kadar harga rendah mungkin sukar ditemui terutama ketika orang ramai merasai kesan peningkata­n harga makanan berikutan kedudukan ekonomi yang tidak menentu.

Keadaan itu menyebabka­n ramai dalam kalangan rakyat negeri ini lebih berhati-hati berbelanja dengan memilih untuk membeli makanan dengan harga rendah.

Menyedari keadaan itu, seorang peniaga memberanik­an diri menjual karipap berintikan ubi kentang bersama daging rusa, kambing, lembu, ketam, ayam, sosej, sardin, kerang dan sotong pada harga rendah berbanding harga pasaran.

Faisal Hashim, 44, berkata, karipap Mutiara dijual pada harga RM1.40 setiap satu berintikan ubi kentang yang dimasak bersama serbuk lada dengan daging rusa.

“Walaupun harga barangan semakin meningkat, namun saya mahu mengekalka­n harga serendah mungkin bagi membolehka­n pelanggan membelinya untuk dinikmati bersama keluarga, rakan atau majlis keramaian,” katanya di gerainya berhampira­n Jalan Larut, di sini.

Menurutnya, karipap pusing hasil air tangannya bersama isteri, Norazlin Sulaiman Phuah, 44, dianggap istimewa kerana rangup, apatah lagi apabila dia akan melebihkan inti dalam kuih disediakan itu.

“Rasa ubi kentang digaul dengan rempah yang pedas membuatkan karipap berasa sedap dan tidak jemu dimakan pada bila-bila masa khususnya sebagai juadah berbuka puasa.

“Saya juga memperkena­lkan karipap dengan memasukkan semua inti iaitu telur, sardin, ketam, ayam, udang, sosej, kambing, rusa, lembu, sotong dan kerang pada harga RM3 sebiji,” katanya.

Menurutya, karipap adalah makanan ringan yang menjadi pilihan utama masyarakat dan sudah menjadi budaya menyediaka­n karipap untuk dijadikan hidangan santapan pagi, petang, malam dan bila-bila masa. Memasang pelita raya masih menjadi tradisi diamalkan masyarakat kampung setiap kali menantikan ketibaan Aidilfitri.

Saban tahun penduduk di Jalan Kenanga, FELDA Pasoh Tiga di sini, bermuafaka­t memasang pelita menjelang 15 malam terakhir Ramadan.

Penduduk, Mohd Hezli Zainuddin, 32, berkata, dia dan beberapa rakan ditugaskan memasang

500 pelita di jalan itu membabitka­n sekitar 14 rumah penduduk.

Menurutnya, pelita berkenaan disumbangk­an Syarikat Sri Pasoh Constructi­on manakala setiap penduduk menyumbang­kan

RM20 bagi membeli diesel.

“Ini kali kedua pemasangan pelita dilakukan secara muafakat dan penduduk yang mengambil bahagian ternyata gembira.

“Tahun lalu, kami memasang satu persatu pelita di tepi jalan tetapi tahun ini menggunaka­n buluh yang mengandung­i 12 pelita,” katanya.

Mohd Hezli berkata, pemasangan bermula jam 3 petang bagi mengisi minyak dalam pelita dan kemudian disangkut pada batang buluh untuk dinyalakan selepas waktu berbuka puasa.

“Walaupun memasang pelita hanya tradisi menyambut raya dan sinonim dengan malam tujuh likur, tradisi ini sepatutnya tidak dilupakan,” katanya.

 ??  ?? NORAZLIN (kiri) dan Faisal menunjukka­n karipap berintikan daging rusa yang mendapat sambutan ramai sempena Ramadan.
NORAZLIN (kiri) dan Faisal menunjukka­n karipap berintikan daging rusa yang mendapat sambutan ramai sempena Ramadan.
 ??  ?? PELITA raya dipasang sepanjang Jalan Kenanga, FELDA Pasoh Tiga.
PELITA raya dipasang sepanjang Jalan Kenanga, FELDA Pasoh Tiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia