Harian Metro

Empayar racun Raja Merkuri

- Mahaizura Abd Malik, Noridzuan Shamsuddin dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Kaut keuntungan atas populariti produk lain. Itu antara modus operandi terbaru dipercayai didalangi sindiket antarabang­sa dikenali sebagai Raja Merkuri yang dikesan aktif menggunaka­n bahan terlarang itu dalam produk keluaran mereka untuk pasaran tempatan.

Malah, Raja Merkuri itu turut secara terang-terangan menggunaka­n logo halal pada produk mereka seterusnya bergiat aktif merekrut ejen bagi memasarkan produk terbabit kepada umum.

Ironinya empayar perniagaan kosmetik tiruan terbabit bertapak sejak beberapa tahun lalu dengan menggunaka­n jenama mereka sendiri dan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit sebulan hasil daripada menciplak produk keluaran syarikat lain termasuk bekerjasam­a

 Sindiket antarabang­sa ciplak produk kecantikan campur barang terlarang

dengan pengilang yang bersekongk­ol dalam kegiatan terbabit.

Lebih mengejutka­n pemilik empayar produk kecantikan terbabit turut dikesan menggunaka­n status pengesahan suci berhubung produk keluaran mereka yang dikeluarka­n Unit Farmaseuti­kal Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melancarka­n kegiatan serong itu.

Berdasarka­n hasil risikan Harian Metro dan sampel yang dihantar ke makmal, keputusan ujian menunjukka­n kadar kandungan merkuri pada produk keluaran mereka mempunyai nilai yang tinggi.

Menurut sumber, penggunaan merkuri dan hydroquino­ne adalah dilarang dalam pembuatan kosmetik kerana mampu memberi kesan buruk pada kulit pengguna.

“Segelintir pemilik produk kosmetik mengambil jalan mudah dengan menambah bahan terlarang berkenaan dalam produk keluaran mereka dan mengaut keuntungan segera berlipat kali ganda.

“Hal ini membimbang­kan kerana pengguna pasti terdedah kepada risiko lain terutama penyakit kulit dan jika lebih serius cenderung untuk kanser kulit dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, taktik pemilik produk ini dikesan dengan menghantar sampel yang ‘sah’ untuk ujian pengesahan KKM namun sebaik menerima kelulusan Quest+, pengiktira­fan itu akan dijadikan umpan untuk melariskan produk keluaran mereka.

“Sebaik menerima pengesahan produk daripada Unit Farmaseuti­kal KKM, pemilik syarikat akan menghasilk­an produk jenama sama namun dengan kandungan merkuri yang tinggi untuk mencapai keputusan perubahan pada pengguna dalam masa yang cepat.

“Pengguna pula akan terpedaya dengan taktik digunakan pemilik produk sebelum menggunaka­nnya tanpa mengetahui produk yang didakwa sah sebenarnya produk klon dan mengandung­i merkuri, steroid dan hydroquino­ne,” katanya.

Bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dan Seremban, pemilik produk ini turut menggunaka­n khidmat stokis dan ejen untuk kelancaran perniagaan mereka.

Malah, mereka turut mempunyai pasukan media sosial termasuk Facebook dan Instagram yang giat mempromosi­kan produk haram terbabit, sekali gus meluaskan empayar perniagaan mereka.

 ??  ?? KULIT wajah kemerahan Raja Aniatikah akibat memakai produk beracun.
KULIT wajah kemerahan Raja Aniatikah akibat memakai produk beracun.
 ??  ?? PRODUK Deluxe Beauty-Ultra Lightening Cream yang mengandung­i racun berjadual.
PRODUK Deluxe Beauty-Ultra Lightening Cream yang mengandung­i racun berjadual.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia