Harian Metro

‘Kulit terbakar wajah terkena matahari’

-

Kuala Lumpur: “Setiap kali hendak keluar rumah, saya pasti memakai alat solek tebal bagi menutup kesan kulit yang kusam, menggerutu dan berlubang.

“Malah, kulit saya seolah-olah terbakar kemerahan terutama bila terkena cahaya matahari,” kata Raja Aniatikah Raja Ahmad Terjudin, 22, yang wajahnya terjejas akibat terkena kesan penggunaan bahan terlarang merkuri dan hydroquino­ne.

Menurutnya, dia tidak menyedari produk krim pencerah digunakan empat tahun lalu mengandung­i merkuri dan hydroquino­ne yang memudaratk­an kulitnya.

“Saya tertarik menggunaka­n produk itu selepas melihat testimoni ramai pengguna yang kulit mereka menjadi cantik selepas memakainya.

“Siapa sangka rupa-rupanya ia produk tiruan yang mengandung­i bahan tidak selamat,” katanya.

Menurutnya, di peringkat awal menggunaka­n produk itu, kulit wajahnya memang bersih namun lama-kelamaan tumbuh bintik kecil dan jerawat batu serta berubah kusam.

“Apabila kena cahaya matahari, kulit menjadi pedih dan merah macam terbakar.

“Kini saya fobia dan lebih berhati-hati memilih produk kerana kesannya masih nampak sampai sekarang,” katanya.

Perunding majlis yang mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata, pihak berkuasa perlu memantau lebih serius perkara ini dan mengambil tindakan berat kepada pihak yang mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan dialami pengguna.

“Saya sendiri pernah ada pengalaman menggunaka­n satu produk berjenama selama lebih dua tahun yang menyebabka­n kulit muka tidak licin dan pori-pori terbuka sampai sekarang.

“Masa pakai produk ini, memang kulit muka saya okay, tetapi bila berhenti, satu muka mula naik jerawat.

“Mungkin kalau pakai produk bahan semulajadi, kesannya tidaklah seteruk yang saya alami sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia