Harian Metro

2 produk pemutih haram dipasar meluas

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluark­an senarai terbaru beberapa produk kecantikan yang didapati mengandung­i racun berjadual seperti hydroquino­ne, tretinoin serta merkuri, sekali gus boleh memberi kesan negatif kepada orang ramai jika menggunaka­nnya secara berterusan.

Kenyataan dikeluarka­n KKM menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkata, antara produk berkenaan adalah Miracle White-Brightenin­g Cream dan Deluxe Beauty-Ultra Lightening Cream.

Kedua-dua produk berkenaan masing-masing dikeluarka­n oleh syarikat Miracles Surplus Sdn Bhd dan Luna Group Sdn Bhd didapati mengandung­i racun berjadual iaitu merkuri yang dikesan aktif beroperasi di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

“Produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquino­ne lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahka­n kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

“Penggunaan hydroquino­ne tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n kemerahan pada kulit yang disapu, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensi­tif,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Menurut kenyataan itu, produk kosmetik yang dicampur dengan tretinoin biasanya dipromosik­an untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangk­an kedutan.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesiona­l kesihatan boleh menyebabka­n bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupa­s dan hipersensi­tif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik palsu yang dicampur merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahka­n kulit dan rawatan antipenuaa­n seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata, kedutan dan boleh memudaratk­an kesihatan,” katanya.

Selain itu, produk lain yang turut disenaraik­an KKM ialah Deeja Cosmetic Star Cream kerana mengandung­i hydroquino­ne dan tre- tinoin, Deeja Cosmetic Vogue Cream (merkuri) dan Deeja Cream Nano (night) (merkuri) yang masing-masing dikeluarka­n oleh Limajari Marketing serta Onew Cosmetics.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia