Harian Metro

Lebur RM40,000 beli burung kakatua

-

perbankan dalam talian.

“Kemudian, pada hari sama mangsa turut memasukkan wang berjumlah RM14,000 ke akaun diberikan suspek secara pindahan tunai,” katanya.

Menurutnya, bagaimanap­un selepas beberapa hari menunggu, wangnya tidak dikembalik­an dan mangsa gagal menghubung­i semula dua lelaki terbabit sebelum membuat semakan dengan pihak bank yang memaklumka­n kemungkina­n dia diperdaya sindiket penipuan. Subang Jaya: Teruja untuk memiliki burung kakatua, seorang guru kerugian RM40,000 selepas ditipu seorang lelaki berhubung urusan pembelian haiwan peliharaan itu secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 50 tahun terpedaya dengan iklan dipaparkan di laman web jual beli terkenal.

“Burung kakak tua itu dijual dengan harga RM5,000 dan pada hari sama mangsa membayar wang pendahulua­n RM2,500.

“Selepas setengah jam, mangsa kemudian membuat bayaran penuh berjumlah RM2,500 ke dalam akaun bank milik suspek,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanap­un pada keesokan harinya mangsa diminta membuat bayaran tambahan RM6,800 untuk pengeluara­n permit dan RM22,745 bagi urusan insurans burung berkenaan.

“Pada hari sama, syarikat penghantar­an menghubung­i mangsa memaklumka­n suspek akan membayar balik wang mangsa sebanyak RM100,000,” katanya.

Katanya, mangsa mula menyedari ditipu selepas gagal menghubung­i suspek dan tidak mendapat bayaran balik seperti dijanjikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia