Harian Metro

Bayar RM64,000 takut dilokap

-

Subang Jaya: Bimbang selepas dimaklumka­n akan disumbat ke dalam lokap, suri rumah berusia 79 tahun kerugian RM64,000 apabila ditipu dua lelaki menyamar sebagai pegawai dan anggota polis dipercayai ahli sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian pada 25 Mei lalu mangsa dikenali sebagai Chee, 40-an, dihubungi wanita memperkena­lkan diri sebagai pegawai bank dan memaklumka­n mangsa mempunyai tunggakan hutang berjumlah RM3,375.

Katanya, selepas berbual beberapa minit, mangsa diminta menekan nombor sembilan pada telefon bimbitnya sebelum panggilan dijawab seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai Sarjan Meng dari Balai Polis Ipoh, Perak.

“Ketika bercakap dengan Sarjan Meng, mangsa turut berbual dengan seorang lagi lelaki memperkena­lkan diri sebagai Tuan Fauzi.

“Dalam perbualan itu, mangsa ditakutkan serta diugut ditahan di lokap serta hartanya bakal disita jika tidak memberikan kerjasama,” katanya.

Muhammad Azlin berkata, mangsa dihubungi dua lelaki terbabit tiga hari berturut-turut.

“Kerana tidak tahan diganggu serta diugut ditahan di lokap polis, mangsa akhirnya akur mengikut arahan memindahka­n semua wang dimiliki dalam akaun simpanan ke satu nombor akaun baru dengan alasan bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” katanya.

Katanya, mangsa turut dimaklumka­n wang itu dikembalik­an semula ke akaun simpananny­a selepas siasatan selesai.

“Pada hari ketiga, mangsa membuat pindahan wang RM50,000 melalui sistem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia