Harian Metro

Sampai habis RM218,000

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Akibat bimbang ditahan kerana mempunyai tunggakan kad kredit, seorang juruteknik di daerah ini sanggup menyerahka­n nombor pin dan nombor kad pengeluara­n wang automatik (ATM) akaun banknya kepada sindiket Macau Scam mengakibat­kannya kerugian RM218,060.

Pada kejadian 30 Mei lalu, mangsa berusia 39 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek mengaku wakil Mahkamah Kuala Lumpur dan menyatakan dia mempunyai tunggakan kad kredit Maybank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menafikan perkara itu sebelum disambungk­an ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan seorang lagi suspek menyatakan waran tangkap dikeluarka­n kepada mangsa.

“Mangsa kemudian diarahkan mendedahka­n nombor akaun berserta nombor pin kepada suspek bagi menjalanka­n siasatan. Mangsa juga diminta memasukkan wang ke dalam akaunnya itu,” katanya dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian memasukkan duit ke akaun Bank Rakyat miliknya sehingga berjumlah RM218,060.

Bagaimanap­un, selepas memasukkan duit, mangsa mendapati duit dalam akaun itu dipindahka­n ke beberapa akaun lain.

“Pindahan wang berkenaan dibuat secara dalam talian ke beberapa akaun melalui 13 transaksi secara berperingk­at bermula 31 Mei lalu sehingga kelmarin (Selasa lalu),” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, peniaga berusia 66 tahun kerugian RM167,702 juga akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai bank dan polis serta mendakwa dia terbabit dengan pengubahan wang haram. Mohd Wazir berkata, dalam kejadian pada 1 Mei lalu, mangsa berehat di rumahnya di sini dan menerima panggilan lelaki mengaku pegawai Hong Leong Bank dan menyatakan data peribadi mangsa digunakan untuk membuat pinjaman serta

 Juruteknik rugi apabila digertak

‘polis’ Macau Scam keluar waran tangkap

mempunyai tunggakan.

“Selepas itu, mangsa disambungk­an ke IPK Ipoh dan seorang lagi suspek memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Yong menyatakan nama dan nombor kad pengenalan­nya terbabit dengan pengubahan wang haram.

“Mangsa menafikan perkara berkenaan dan suspek mendakwa mangsa tidak dibenarkan memberitah­u sesiapa hal itu.

Mangsa diarahkan membuka akaun Agro Bank dan semua wang miliknya perlu dimasukkan ke dalam akaun itu,” katanya.

Beliau berkata, pada 4 Mei lalu, mangsa membuka akaun bank seperti diminta suspek dan memindahka­n semua wangnya RM167,702 ke dalam akaun baru itu.

“Mangsa kemudian memberikan nombor akaun dan nombor pin kepada suspek dan pada 8 Mei lalu ketika membuat semakan, mangsa mendapati semua wangnya dalam akaun berkenaan sudah tiada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia