Harian Metro

Resipi muruku kenalan India

- Mohamad Yatim Latip cnews@nstp.com.my

 Muruku Adam Rose terima tempahan tiga kali ganda menjelang Aidilfitri

Ilmu membuat muruku dipelajari warga emas, Addam Sha Abdul Wahab daripada seorang kenalan berbangsa India sejak lebih 40 tahun lalu ternyata berbaloi apabila dia kini berjaya menghasilk­an produk muruku yang menjadi kegemaran pelanggan.

Addam Sha, 66, memanfaatk­an ilmu dipelajari itu dengan menghasilk­an muruku halus dan kasar sehinggaka­n produk terbabit mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan.

Menurutnya, dia mempelajar­i cara membuat muruku ketika berusia 18 tahun selepas dipelawa kenalannya itu.

“Kenalan saya memberitah­u hidangan ini boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan, terutama menjelang Aidilfitri.

“Tertarik dengan pelawaan itu, saya terus membeli semua bahan untuk membuat muruku seperti tepung, dapur arang dan keperluan lain dengan modal kira-kira RM80.

“Dalam tempoh sebulan, saya sudah boleh membuat makanan masyarakat India ini seterusnya menjual kepada rakan dan saudara-mara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semabok, di sini, semalam.

Sejak dari itu, Addam Sha terus memberikan tumpuan sepenuhnya membuat muruku secara serius ketika berusia 25 tahun.

“Aidilfitri tahun ini sahaja, saya terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan tempahan yang bertambah sehingga tiga kali ganda, saya anggarkan dapat menjual sehingga kira-kira 1,000 kilogram (kg) muruku, berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Addam Sha yang melabelkan produknya itu sebagai Muruku Adam Rose berkata, dia terpaksa menolak sejumlah pesanan pelanggan kerana bimbang tidak sempat menyiapkan­nya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Selain menyiapkan permintaan pelanggan, Addam Sha turut menghasilk­an antara 10 hingga 15kg muruku setiap hari untuk dijual di kedai makan sekitar kampung termasuk pasar.

 ?? Addam ?? ADDAM menunjukka­n muruku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
MURUKU yang sudah siap untuk dijual.
Tertarik dengan pelawaan itu, saya terus membeli semua bahan untuk membuat muruku seperti tepung, dapur arang dan keperluan lain dengan...
Addam ADDAM menunjukka­n muruku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. MURUKU yang sudah siap untuk dijual. Tertarik dengan pelawaan itu, saya terus membeli semua bahan untuk membuat muruku seperti tepung, dapur arang dan keperluan lain dengan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia