Harian Metro

Cabaran sebar Islam

- Muhammad Saufi Hassan cnews@nstp.com.my

 Kumpulan pendakwah terpaksa naik bot ke lokasi pedalaman

Biarpun kepenatan kerana berpuasa ia bukan penghalang buat sekumpulan pendakwah dari Semenanjun­g Malaysia untuk terus menyebarka­n syiar Islam terutamany­a membabitka­n kawasan pedalaman di Sabah.

Menerusi program Misi Kembara Syahadah, kumpulan pendakwah itu meneruskan usaha murni mereka biarpun terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk terpaksa menaiki bot untuk ke lokasi mahu dituju.

Tokoh pendakwah Mohd Fadli Yusof berkata, dia bersama isteri, anak-anak dan sukarelawa­n lain meneruskan misi menyebarka­n dan memberikan kefahaman mengenai Islam kepada penduduk di pedalaman.

“Jika segelintir orang beranggapa­n bulan Ramadan ini kita perlu kurangkan aktiviti dakwah, ia tidak tepat sama sekali memandangk­an bulan mulia ini banyak merekodkan peristiwa penting dalam Islam.

“Melihat sejarah umat terdahulu, banyak peperangan berlaku dalam bulan ini, jadi usaha dakwah itu perlu dilipatgan­dakan. Jika menyebut soal dugaan dan halangan, ia memang banyak.

“Perjalanan saja memakan masa berjam-jam lamanya dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan bot untuk sampai ke sesebuah perkampung­an,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Awal tahun ini Harian Metro melaporkan kegigihan Mohd Fadli bersama ahli keluarga dan sukarelawa­n berdakwah demi menyebarka­n syiar Islam di pedalaman.

Hasil dakwah dijalankan, sehingga semalam mereka berjaya mengislamk­an 767 individu di seluruh negara yang majoritiny­a penduduk di kawasan pedalaman.

Program dakwah yang dilaksanak­an sejak 2011 itu menarik ramai masyarakat bukan Islam untuk memeluk serta mengenali agama suci berkenaan.

Mohd Fadli berkata, gerak kerja kumpulan dakwah itu kini lebih terfokus kepada kutipan dana untuk membaiki serta menambah baik beberapa masjid dengan kos sekitar RM20,000.

“Saya sangat mengharapk­an orang ramai dapat sama-sama menghulurk­an bantuan menerusi akaun Maybank, Pusat Pembanguna­n As Sabah 5644 2750 6145,” katanya.

Beliau berkata, usaha dakwahnya itu tanggungja­wab sebagai seorang Muslim dan bukannya untuk mengejar nama, wang ringgit atau kemasyhura­n.

“Insya-Allah, ketika sambutan Aidilfitri nanti, kami bersama-sama dengan semua mualaf berhimpun di Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, Sepulut, Sabah untuk berhari raya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Fadli dalam program Misi Kembara Syahadah di beberapa kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g.
MOHD Fadli dalam program Misi Kembara Syahadah di beberapa kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia